suria

Mel B kongsi simptom menopaus, sanggup beli tilam harga RM17,000

Mel B berkongsi simptom menopaus yang dialaminya.

PENYANYI Mel B tampil berkongsi secara terbuka tentang pengalaman melalui menopaus yang disifatkannya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Menurut laporan Mirror, bintang kumpulan Spice Girls yang berusia 50 tahun itu mengakui mengalami simptom seperti keresahan melampau dan sering berpeluh sehingga hampir mendapatkan rawatan doktor. 

Kata Mel, dia mula menyedari perubahan pada dirinya ketika sedang bekerja dan tertanya-tanya sama ada orang lain turut berasa panas seperti dirinya.

Sering berpeluh menjadi simptom menopaus bagi Mel B.

"Saya rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan diri ini dan sentiasa rasa panas," katanya. 

Dalam pada itu, Mel turut memberitahu keadaan itu turut memberi kesan kepada kehidupan malamnya bersama suami, Rory McPhee. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mel B dapatkan rawatan setelah disahkan hidap masalah mental

ARTIKEL BERKAITAN: Usia cecah 40 tahun, Luna Maya luah hasrat miliki anak sebelum menopaus

Disebabkan itu, mereka sanggup membeli tilam teknologi tinggi bernilai sekitar £3,000 (kira-kira RM17,000) yang membolehkan suhu berbeza ditetapkan di setiap bahagian katil.

"Bahagian katil saya memang sangat sejuk sebab saya alami hot sweats pada waktu malam.

"Rory pula suka suasana panas. Saya memang dari dulu suka bilik sejuk dan tidur dengan tingkap terbuka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain