suria

Artis tak perlu rasa tergugat, Azlan The Proton Type buat lagu AI suka-suka... Sedia kerjasama dengan Zynakal

Azlan hasilkan lagu sekadar untuk suka-suka.

PERSONALITI media sosial, Azlan The Proton Type berharap penggiat muzik tidak berasa tergugat dengan lagu yang dihasilkan olehnya menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut Azlan, tiada sebab untuk mana-mana pihak berasa bimbang dengan kehadirannya, memandangkan lagu yang dihasilkan itu sekadar suka-suka dan bukan dibuat secara profesional untuk penyanyi.

“Saya rasa tak perlu tergugat atau tercabar sebab lagu itu pun menggunakan AI. Saya pula bukan penyanyi dan mereka (pengkarya) lebih arif dalam bidang tersebut, jadi tiada keperluan untuk rasa tercabar.

Azlan hasilkan lagu untuk pemasaran.

“Tapi saya berterima kasih kepada mereka sebab sedar akan kehadiran saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azlan menganggap reaksi segelintir pihak yang dilihat seolah-olah tercabar dengan karya dihasilkannya sebagai sesuatu yang tidak perlu diperbesarkan.

“Bagi saya perkara itu bukan satu tindakan yang matang. Seperti saya cakap sebelum ini, lagu itu dibuat untuk tujuan pemasaran sahaja tanpa menyentuh mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu AI tular, rezeki Azlan The Proton Type terima banyak undangan motivasi… Bakal muncul karya kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun tak bertegur, Shuib dan Rahim akhirnya berdamai... Rindu jadi punca penamat sengketa

“Jadi tak perlulah rasa tergugat sebab saya cuma seorang jurujual yang suka mencuba. Kepakaran sebenar tetap ada pada mereka,” ujarnya.

Mengulas dakwaan kononnya berlaku gimik antara dia dan penyanyi Zynakal bagi mencetuskan perhatian ramai, Azlan menafikan perkara tersebut.

Malah katanya, sehingga kini mereka masih belum berhubung mengenai isu berkenaan.

Dia nak jumpa, berbual atau mungkin nak buat kolaborasi pun boleh.

AZLAN THE PROTON TYPE

JURUJUAL

“Memang tak ada gimik atau apa-apa perancangan. Saya sendiri pun terkejut bila buka thread semalam dan nampak perkara itu berlaku secara tiba-tiba.

“Dia tak DM saya dan saya pun tak DM dia. Saya anggap perkara ini tak perlu dipanjangkan.

“Masing-masing pun dah membalas, jadi rasanya cukup setakat itu sahaja. Tak tahulah kalau ada yang mahu panjangkan lagi,” ujarnya.

Azlan tetap profesional walaupun berdepan kecaman.

Walaupun berdepan pelbagai reaksi, Azlan berkata dia terbuka sekiranya Zynakal mahu bertemu atau menjalinkan kerjasama pada masa akan datang.

“Saya tak ada masalah. Kalau dia nak jumpa, berbual atau mungkin nak buat kolaborasi pun boleh.

“Saya okay saja. Kita profesional sahaja,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain