PENYANYI Zarul Umbrella menerima banyak pertanyaan mengenai pengunduran rakan pengacara dalam podcast Borak Dalam Gallery (BDG) iaitu CK Faizal.Tampil menjawab segala persoalan yang timbul, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 53, memberitahu CK membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana mahu memberi fokus kepada urusan peribadi. Malah, Zarul sendiri mengakui terkejut apabila menerima notis pengunduran dalam tempoh 24 jam.Pengunduran CK (kiri) disebabkan faktor peribadi. “Sebenarnya sebelum itu kami ada penggambaran raya bersama. Selepas itu, tiba-tiba dia beri notis 24 jam untuk undur diri, jadi saya pun terkejut.“Tapi bila fikir semula, mungkin dia rasa sudah terlalu lama beri fokus kepada podcast sahaja. Mungkin dia mahu cuba benda lain.“Namun, sebab sebenar saya pun tidak tahu kerana hanya CK yang boleh jawab. Saya hormat keputusan dia dan teruskan sahaja dengan apa yang ada sekarang,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu aktif buat content media sosial, ramai pengikut muda tak tahu Zarul Umbrella seorang penyanyiARTIKEL BERKAITAN: Peminat tetap minta ‘Ramalanku Benar Belaka’... Zarul Husin tangguh niat lancar lagu baharuZarul berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.Dalam pada itu, Zarul menegaskan hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang perselisihan faham berlaku.Malah, mereka juga masih bertegur sapa seperti biasa apabila bertemu.“Saya tiada masalah dengan dia. Dua hari lalu kami ada berjumpa dan masih bergurau serta ketawa seperti biasa.Zarul menegaskan hubungannya dengan CK masih lagi baik.“Kami tidak bergaduh dan tiada sebarang isu. Sampai hari ini saya masih sayangkan dia kerana BDG juga mula dikenali disebabkan dirinya.“Saya tidak boleh lupa perkara itu kerana dia antara individu yang banyak membantu memperkenalkan BDG kepada orang ramai,” ujarnya.Pada 21 Mac lalu, CK atau nama sebenarnya Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin mengumumkan pengundurannya daripada BDG selepas tiga tahun berkhidmat sebagai pengacara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!