PENYANYI Ameng Spring menerima kejutan istimewa daripada anaknya, Ammar Haikal apabila dihadiahkan sebuah telefon bimbit baharu jenama iPhone 16 Plus. Terharu menerima hadiah berkenaan, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berkata ia dibeli hasil daripada gaji pertama anaknya itu. Kata Ameng, Ammar berniat membelikan telefon bimbit baharu itu setelah melihat kualiti siaran langsung (live) di TikTok bapanya kurang jelas sebelum ini.Ameng terharu menerima hadiah iPhone daripada Ammar. "Terima kasih Ammar kerana hadiahkan papa (panggilan Ameng) telefon baru. "Nampak tak gambar pun marvellous (cantik). Katanya daripada gaji dia yang pertama."Terima kasih anakanda, dengan alasan katanya papa kalau buat live TikTok gambar tak clear," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Teringin bawa lagu bapa tapi Ameng tak setuju, mahu Ammar Haikal naik cara sendiriARTIKEL BERKAITAN: [V] Ameng cabar Liza Hanim buktikan kehebatan anak - “Dia nak tumpang glamor saya”Ameng berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis. Dalam pada itu, Ameng berharap dengan menggunakan telefon baharu itu nanti, video siaran langsung yang dilakukan selepas ini akan lebih jelas dan berkualiti."Jadi kepada anda (peminat) yang selalu tengok saya live. Selain menyanyi, Ameng kini aktif di TikTok."Selepas ini gambar anda lebih jelas dan terang," ujarnya. Untuk rekod, Ammar merupakan pemenang tempat keempat program realiti Talk To My Manager musim pertama. Selepas tamat program tersebut, Ammar kini aktif menerima undangan bagi menjayakan persembahan pentas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!