suria

[V] Ameng cabar Liza Hanim buktikan kehebatan anak - “Dia nak tumpang glamor saya”

KETIKA Liza Hanim meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang penyanyi senior yang didakwa memperlekehkan kemenangan anaknya dalam program Talk To My Manager (TTMM), penyanyi Ameng Spring tiba-tiba muncul menyelar tindakan rakan seperjuangannya itu yang disifatkan cuba menangguk di air yang keruh.

Meskipun penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berpandangan kenyataan yang dikeluarkan Liza itu dituju kepadanya dan merupakan satu cubaan untuk menumpang popularitinya. 

"Liza Hanim, dia nak tumpang populariti saya, itu sahaja. Dia nak cari publisiti murahan, dia tiada modal lain dah.

Ameng berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Saya tengok dia ambil kesempatan nak menumpang cerita itu. Jadi saya anggap Liza Hanim ini buat publisiti murahan dan cuba tumpang glamor saya," katanya kepada mStar. 

Ameng berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali yang diadakan di Saloma, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas mengenai dakwaan dia merupakan individu yang memperlekehkan kemenangan anak Liza iaitu Marsya Qistina, Ameng menjelaskan kenyataannya sebelum ini telah disalah anggap.

Menurutnya, pesanan yang diberikan menerusi sesi siaran langsung itu bersifat umum dan ia ditujukan kepada anaknya iaitu Azeva yang sedang bertanding dalam pertandingan itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salah anggap, Ameng dan Azeva tak pernah putus hubungan!

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin bawa lagu bapa tapi Ameng tak setuju, mahu Ammar Haikal naik cara sendiri

"Saya bercakap semasa siaran langsung, jangan harapkan kemenangan. Kadang-kadang kemenangan tak janjikan apa-apa, yang penting jangan anggap benda itu pertandingan. Kalau kalah, kalahlah! Saya pun selalu kalah, tapi saya tetap popular.

"Yang menang tak tentu jadi popular. Saya bukannya cakap pasal anak dia, saya tak cakap pasal TTMM pun. Itu saya tujukan kepada Azeva. Tapi dia (Liza) yang melatah," ujarnya.

Dalam pada itu, Ameng mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mencabar kredibilitinya dalam industri.

Saya bukannya cakap pasal anak dia.

AMENG

PENYANYI

Bukan berbangga diri, sebaliknya Ameng berkata dia sudah diketahui umum merupakan seorang penyanyi yang cukup dikenali dan popular.

"Saya memang popular… sangat popular. Saya ada persembahan setiap minggu dan saya adalah penyanyi diraja. Itu kedudukan penyanyi yang tertinggi.

"Saya bukan bongkak, masalahnya sekarang dia cuba menangguk di air yang keruh. Jangan cabar saya," tegasnya.

Dalam pada itu, Ameng turut menasihati Liza supaya fokus kepada kerjaya seni anaknya agar mampu berdiri seiring dengan gelaran seorang juara.

Liza sebelum ini meluahkan rasa terkilan apabila anaknya diperlekehkan. 

"Jangan marah orang lain. Pergilah popularkan anak kau. Dia dapat RM30,000, patutnya pergi cari Melly Goeslaw, baru meletup!

"Saya tak nak minta maaf dan dia pun tak perlu minta maaf. Sekarang ini saya cabar dia tunjuk Marsya itu seorang juara. Buktikan pada saya, saya nak tengok satu hari nanti Marsya itu meletup," katanya.

Sebelum ini, industri hiburan kecoh apabila Liza Hanim meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa seorang penyanyi senior memperlekehkan kemenangan anaknya dalam sebuah program realiti televisyen baru-baru ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain