ANAK kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Ammar Haikal mendedahkan bapanya tidak membenarkan dia untuk menyanyikan semula lagu nyanyiannya ketika membuat persembahan. Menurut Ammar, 19, keputusan itu dibuat bagi membolehkan dia membina identiti sendiri dalam industri muzik tanpa bergantung kepada nama besar bapanya itu. "Buat masa sekarang belum lagi (nyanyi semula lagu Ameng). Ayah tak benarkan saya menyanyi lagu Ameng Spring. Dia kata tak nak saya nampak ada unsur Ameng. Ammar maklumkan perkara itu ketika ditemui media. "Dia nak saya bergerak sendiri dan tak berada di bawah bayangan Ameng Spring. Dia pesan kalau pergi buat persembahan atau buat 'cover', dia pesan jangan bawa lagu dia," katanya kepada mStar. Ammar memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Lagu Dentam Dentum Raya!, baru-baru ini. Mengakui teringin untuk menyanyikan lagu bapanya seperti dilakukan beberapa penyanyi muda lain, Ammar bagaimanapun menghormati permintaan Ameng. ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu kerap buat ‘live’, Ammar Haikal dituduh cuba raih simpati... “Mereka kata saya tak belajar dan bekerja”ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah anak tersingkir awal... Lebih baik fokus belajar” – Ameng utamakan pendidikan AmmarTambah Ammar, buat masa ini dia memang tidak ada perancangan untuk berduet atau menghasilkan lagu bersama bapanya."Sebenarnya saya nak bawa lagu ayah sebab kita tengok macam Zaki bawa lagu ayah dia, Merah pun sama. Tapi ayah cakap, tak payah, jangan buat. Jadi saya hormat keputusan ayah."Projek kerjasama dengan ayah memang tiada. Tapi projek luar itu adalah seperti pergi majlis sama-sama atau luang masa bersama. Cuma untuk hasilkan lagu bersama memang belum ada,” ujarnya.Ammar kini mendapat rntak muziknya sendiri. Dalam masa sama, Ammar tidak menafikan namanya mula dikenali kerana statusnya sebagai anak kepada Ameng.“Memang tak dapat dinafikan orang kenal sebab ayah. Saya tak nak cakap orang kenal sebab diri saya sendiri. Saya jadi macam ini pun sebab ayah yang tolak dan beri sokongan.“Jadi kalau orang kata ‘Ammar famous sebab ayah dia’, saya terima dengan hati terbuka. Anak ayah kan?” ujarnya. Dia nak saya bergerak sendiri dan tak berada di bawah bayangan Ameng Spring.AMMAR HAIKALPENYANYIBerjaya tidak mengikuti cara nyanyian bapanya, Ammar berkata dia kini semakin menemui rentak sendiri dalam industri.“Awal-awal dulu mungkin ya (ikut cara ayah) sebab saya bawa lagu balada. Tapi lepas ayah nasihat suruh cuba versi lain, bawa lagu laju dan sebagainya, saya rasa sekarang mampu bergerak dengan cara sendiri. Saya tak ikut bayangan Ameng Spring,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube