suria
mStar - Urban.Versatil

Terlalu kerap buat ‘live’, Ammar Haikal dituduh cuba raih simpati... “Mereka kata saya tak belajar dan bekerja”

GARA-GARA aktif membuat sesi siaran langsung di TikTok, penyanyi Ammar Haikal didakwa tidak mempunyai pekerjaan oleh segelintir pihak.

Ammar, 19, bagaimanapun menegaskan dakwaan tersebut tidak benar dan menganggap kecaman yang diterima sebagai lumrah bergelar figura awam.

“Saya memang suka buat live, tapi ada yang persoalkan, kata saya tiada benda lain ke nak buat?

“Mereka kata saya tiada aktiviti sebab itu buat live hari-hari, tak belajar, tak bekerja. Dalam erti kata lain, hidup saya kononnya hanya tertumpu pada live sahaja.

“Kadang-kadang ada juga yang kata saya cuba raih simpati ketika live, walhal perkara itu tidak benar. Tapi saya reda sahaja dengan apa yang diperkatakan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Ameng Spring itu mengakui namanya semakin dikenali selepas menyertai program realiti, Talk To My Manager.

Menurut Ammar, pendedahan menerusi program berkenaan membuka lebih banyak peluang dalam kerjaya seni termasuk menerima tawaran berlakon.

“Alhamdulillah, selepas program itu tamat, karier nyanyian saya semakin baik. Saya juga ada menerima tawaran berlakon dalam sebuah telefilem.

“Bagaimanapun, saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana jadual penggambaran bertembung dengan waktu pengajian saya. Buat masa ini, fokus utama saya adalah pelajaran,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi