suria
mStar - Urban.Versatil

Ramai salah faham, Zynakal syukur kawan memahami keadaan mental ‘koyak’ akibat kemalangan

PENYANYI Zynakal berkongsi keadaan dirinya yang semakin beransur pulih daripada kecederaan di bahagian buku lali selepas terbabit dalam kemalangan pada bulan lalu. 

Menurut Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 28, dia bersyukur kerana insiden tersebut tidak memberi kesan serius terhadap kesihatannya. 

Malah, dia masih mampu meneruskan kerjaya nyanyian serta memenuhi undangan persembahan. 

“Alhamdulilah keadaan saya sudah stabil dan boleh berjalan seperti biasa. 

“Saya mengalami patah buku lali dan kini buat rawatan tradisional seperti berurut. 

“Pada awalnya memang sakit nak berdiri lama, tapi sekarang dah okay,”katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Zynakal berkongsi mengenai luahan sedih yang dibuat selepas tidak menerima sebarang bantuan daripada teman wanita atau rakan-rakan terdekat ketika terbabit kemalangan. 

“Waktu itu saya agak terganggu tapi sekarang semuanya sudah okay,”katanya. 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi