suria
mStar - Urban.Versatil

Kisah ‘struggle’ Heliza Helmi awal jadi artis... 2 bulan tak bayar rumah, nak beli mi segera pun tiada duit

ISTIMEWA Flashback kali ini mengimbau perjalanan awal karier penyanyi Heliza Helmi sejak mula mencipta nama dalam industri hiburan kira-kira 19 tahun lalu.

Memulakan langkah sebagai penyanyi sekitar tahun 2007, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi, 40, mendedahkan dia pernah melalui detik sukar apabila berdepan masalah kewangan pada awal kemunculannya sebagai selebriti.

Kata Heliza, dia pernah berada dalam keadaan terpaksa meminjam wang semata-mata untuk membeli makanan, malah tidak mampu melunaskan bayaran rumah sehingga menerima notis amaran daripada pihak bank susulan tunggakan yang berlaku.

“Saya pernah melalui fasa tapi tak ingat tahun bila dan tidak cerita kepada sesiapa pun, kadang-kadang orang rasa artis itu mesti banyak duit atau kaya tapi tidak tahu tanggungan banyak mana.

“Saya nak beli mi segera pun tiada duit pada ketika itu, terkejut juga sampai terpaksa pinjam pengurus dan rumah pun tidak bayar dua bulan waktu tu.

“Surat amaran sampai dekat abah saya ketika itu, sedangkan saya memang tak mahu keluarga tahu mengenai perkara ini sebab saya memang merahsiakan keadaan saya, sehingga la saya berdoa dan Allah permudahkan urusan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi