suria

Jarang hadir acara hiburan, Aiman Hakim Ridza bukan sombong lebih suka lepak rumah bersama keluarga

GARA-GARA kurang bergaul serta dilihat jarang muncul di acara hiburan, pelakon Aiman Hakim Ridza dituduh seorang yang sombong.

Menjawab perkara itu, Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 37, berkata keutamaannya kini lebih kepada keluarga berbanding hal-hal di luar.

“Saya memang daripada dulu lagi tidak suka melepak dekat luar, tambah-tambah bila sudah berkahwin dan ada keluarga ni lebih seronok berada di rumah.

“Lagipun sangat membantu minda dan rohani saya bila berada dengan keluarga di rumah, saya suka pekerjaan saya tapi tidak suka kehidupan sebagai selebriti ni.

“Saya banyak kurangkan sertai mana-mana majlis sebab bagi saya lagi seronok luangkan masa dengan isteri dan anak-anak… tidak peduli dengan apa orang nak cakap sebab buat baik pun tetap orang akan salah faham,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi