suria

Ijoy tergelak dengar cerita tak bekerja, Shiera cuma harap suami disenangi orang sekeliling

KECOH konon suaminya iaitu Ijoy tidak bekerja, penyampai radio Sharifah Shahirah menegaskan dia bukanlah seorang isteri yang meletakkan kemewahan sebagai keutamaan dalam perkahwinan, sebaliknya lebih selesa menjalani kehidupan sederhana mengikut kemampuan.

Kata Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, 52, dia tidak pernah mengharapkan barangan mewah seperti gelang emas atau perhiasan mahal daripada suami, malah lebih menitikberatkan soal kestabilan kewangan serta usaha bersama dalam membina keluarga.

“Memang dia (Ijoy) ‘declare’ tak bekerja maksudnya tidak ada majikan. Tapi suami ada gerai dan cukuplah untuk makan dan pakai serta beli beras. Saya pun tak minta dia belikan gelang emas penuh sampai lengan.

“Dia (Ijoy) bukan anak orang kaya dan tak ambil duit mak dan bapa, sebaliknya kami bekerja keras untuk membina keluarga. Saya juga bukan anak orang kaya dan bukan jenis ‘high maintenance’.

“Kita kena tahu kedudukan di mana kerana kalau tak pandai jaga kewangan memang melingkup dan bergaduh laki bini. Jangan cakap saya tak pernah bergaduh dengan suami tentang hal duit,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi