suria

Klip buka tudung tular, Fasha Sandha kunci mulut... “Banyak kelemahan perlu perbaiki”

TULAR klip video memaparkan dirinya tidak memakai hijab dalam drama terbaharu berjudul Doa Yang Terlindung, pelakon Fasha Sandha tetap dengan pendirian untuk enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Akui Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, sebagai seorang hamba Allah dia sedar masih mempunyai banyak kelemahan dan perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha menjadi insan yang lebih baik.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya tidak akan bagi apa-apa komen berkenaan isu hijab. Saya memang tidak akan bagi apa-apa kenyataan. Saya akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Kepada yang ambil berat tentang itu (klip buka tudung), terima kasih. mengenai bila penggambaran pun, saya tidak akan komen apa-apa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi