suria

Ingat hidup cuma sementara, Erysha Emyra cari pedoman mahu jadi lebih baik

PELAKON Erysha Emyra mengakui berasa bimbang dengan isu tular melibatkan pendedahan aib individu yang didakwa disebarkan oleh rakan terdekat, seperti yang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.

Kata Erysha, 27, kebanyakan individu kelihatan baik di mata umum kerana Allah masih menjaga dan menutup aib mereka selain berpendapat setiap orang mempunyai kisah silam tersendiri.

“Saya rasa semua orang pun akan takut kalau aib dibuka. Kita semua nampak baik sebab Allah tutup aib kita. Kalau suatu hari Allah buka aib kita, tak tahu la diri ini bersedia atau tidak. Sebab kita semua banyak dosa, ada kisah masa lalu.

“Kita kena sentiasa ingatkan diri sendiri yang dunia ini sementara. Perlu ada pedoman untuk jadikan diri sendiri lebih baik. Jangan sebab kita tak buat sesuatu itu sebab kita tak nak orang tahu. Kita tak buat sebab diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Erysha memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis The Raya Table by Dr Cardin baru-baru ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi