suria

Hazwani dan Heliza Helmi sudah bersedia sertai GSF 2.0, fokus misi kemanusiaan tak layan gosip cinta

PENYANYI Hazwani Helmi menegaskan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana pelakon lelaki buat masa ini.

Mengulas dakwaan kononnya bercinta dengan Hariz Hamdan, Hazwani atau Nur Hazwani Afiqah binti Helmi , 29, berkata perkara itu tidak benar malah hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa.

Menurut Hazwani, keserasian yang ditunjukkan dalam drama menyebabkan peminat menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa di luar set penggambaran.

“Saya tidak pasti mengenai perkara itu sebab kami tidak berkomunasi lagi jadi saya rasa itu lebih kepada sikap profesional sebagai pelakon saja kerana bekerja sekali dalam drama.

“Peminat memang suka lihat kami bersama sebab keserasian kami sebagai pasangan pelakon dalam drama itu nampaknya sampai kepada peminat.

“Sebenarnya kami memang tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Hariz Hamdan dan saya tidak tahu masa depan nanti macam mana sebab siapa yang tidak mahu berkahwin kan, cumanya sekarang saya mahu perbaiki diri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi