suria

Peminat fanatik ceroboh privasi, Zarif Ghazzi terkejut sampai ada WhatsApp ibu... Tak selesa babit keluarga

PELAKON Zarif Ghazzi mengakui pernah berdepan dengan sikap peminat yang terlalu ekstrem sehingga menceroboh ruang peribadi keluarganya.

Zarif, 22, berkata tindakan sedemikian sedikit sebanyak mengganggu ruang privasi dirinya lebih-lebih lagi apabila turut melibatkan ahli keluarga.

"Untuk meminati seseorang itu tidak ada masalah. Saya sangat menghargai perkara itu. Saya benar-benar menghargai usaha peminat yang menyokong dan meminati saya.

"Cuma, kalau boleh, janganlah sampai ke tahap terlalu peribadi. Ada yang menghantar mesej, DM kepada keluarga saya. Kalau boleh, tidak perlulah. Mereka tanya... Assalamualaikum ibu, ini saya, saya meminati Zarif.

"Saya juga terkejut, tak tahu bagaimana mereka dapat nombor ibu saya. Siap WhatsApp ibu saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi