suria

Muaz Zabir tak setuju lelaki baik sudah pupus, anggap wanita suka buat perbandingan

PELAKON Muaz Zabir menyelar tanggapan beberapa individu yang mengatakan lelaki ‘provider’ sudah pupus di negara ini.

Malah sebaliknya Muaz, 29, persepsi itu wujud disebabkan gaya hidup bebas masa kini yang menyebabkan segelintir wanita berasa tidak pernah puas dengan apa yang diberikan oleh pasangan mereka.

Tambah Muaz lagi, sikap terlalu membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain khususnya di media sosial menjadi faktor utama tanggapan tersebut semakin menular dalam kalangan masyarakat.

“Saya tak setuju orang kata lelaki ‘provider’ sudah kurang. Sebenarnya bukan kurang, tapi mungkin perempuan tu rasa yang lelaki bagi tidak cukup. Dalam Islam, ada tempat tinggal, pakaian, makanan itu sudah kira provider.

“Bila sekarang ini ada sosial media, kehidupan sudah lebih terbuka. Kita nampak kehidupan orang lain menyebabkan perempuan itu rasa lelaki dia bagi tidak cukup. Saya percaya, kalau terap perasaan syukur, insyaAllah cukup,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi