suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kolaborasi ramai penyanyi tempatan, Ade Govinda ada rancangan menetap di Malaysia

PENYANYI dan komposer Ade Govinda mengakui terbuka untuk menetap di Malaysia sekiranya diberi peluang, demi terus berkarya dan menghiburkan peminat di sini.

Menurut Ade, 41, menerusi kejayaan beberapa kolaborasi bersama empat artis tempatan sebelum ini membuatkan dia semakin yakin rezekinya terbuka luas di Malaysia.

“Ya saya memang sekarang ini saya sedang melabarkan sayap ke Malaysia tapi mulanya secara tidak sengaja tapi tak sangka dapat penerimaan baik oleh peminat di Malaysia.

“Mungkin boleh juga kalau diberikan untuk menetap di Malaysia tapi anak saya masih kecil usianya enam bulan jadi memang kena menetap di Indonesia dulu.

“Boleh dikatakan Malaysia ni macam rumah kedua saya, setiap bulan pasti akan datang ke sini,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Ade pernah berkoloberasi bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakrie, Bella Astillah dan terbaharu Aisha Retno menerusi lagu Semoga Saja.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi