suria

Tam Suhaimi terkejut nama kena petik laku amang seksual, tak pernah kenal Alqal Sahar

PENGARAH Tam Suhaimi mengakui terkejut apabila namanya terpalit antara individu yang didakwa melakukan gangguan amang seksual terhadap seorang pelakon lelaki ketika masih kecil.

Mengulas dakwaan berkenaan, Tam, 46, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas memandangkan dia tidak pernah bekerjasama atau mempunyai sebarang urusan dengan pelakon lelaki terbabit.

“Ada orang mesej saya dan beritahu terdapat satu hantaran di Facebook ada menyebut nama saya antara individu yang melakukan amang seksual kepada pelakon berkenaan.

“Saya kemudian terus menjawab dan menafikan dakwaan tersebut kerana saya tidak mengenali pelakon itu malah tidak pernah bekerjsama jadi kenapa pula nama saya terpalit.

“Saya terpanggil untuk membalas komen netizen sebab mereka kaitkan saya dengan isu ini jadi khuatir akan menganggu kerja saya nanti malah reputasi juga akan terjejas,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi