suria

Banyak sangat gosip, Hisyam Hamid jarakkan diri dengan kenalan wanita... Tak selesa tunggang kisah peribadi

SERING digosipkan menjalin hubungan cinta dengan kenalan industri, pelakon Hisyam Hamid mengambil keputusan untuk menjaga jarak dan menetapkan batas dalam pergaulannya.

Menurut Hisyam, 41, dia berasa kurang selesa apabila namanya kerap menjadi perhatian hanya disebabkan cerita berkaitan percintaan, sedangkan fokus utamanya adalah kerjaya seni.

“Hubungan saya dengan produser itu hanya kawan sahaja, memang tidak lebih daripada itu. Tapi bila banyak gosip yang bertebaran ini, saya tidak lagi mahu terlalu rapat sangat dengan dia dan dia pun faham perkara itu.

“Saya memang tak suka apabila ada gosip mengenai percintaan ini, tidak selesa. Dan sekarang, saya cuba untuk elakkan kelihatan baik dan rapat dengan perempuan. Kalau rapat, saya memang akan cuba jarakkan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi