suria

Trend AI tanggalkan baju artis, Daiyan Trisha kesal salah guna teknologi... “Suka-suka hati tukar”

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha meluahkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang disifatkan semakin berleluasa tanpa kawalan sehingga boleh memudaratkan individu terlibat.

Menurut Daiyan, 33, penggunaan AI seharusnya dilakukan secara sederhana dan beretika, bukannya disalah guna sehingga menjejaskan maruah serta reputasi seseorang terutama dalam kalangan selebriti.

“Saya memang dah lama buat aduan pasal isu AI ini. Pada saya, semua kena dibuat dengan kesederhanaan. Kalau guna secara berlebihan tanpa tanggungjawab, perkara tak elok boleh jadi.

“Sesuka hati mereka tukar agama orang, malah ada juga yang guna AI untuk minta artis buka baju. Itu semua memudaratkan dan memang tak elok.

“Kalau nak guna AI untuk kebaikan, saya tak ada masalah. Tapi kalau sampai terlalu bergantung, tak guna otak dan nak gantikan manusia, itu memang saya tak sokong,” katanya kepada mStar.

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi