PELAKON dan penyanyi Isma Aliff disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8.30 pagi hari Rabu. Berita sedih itu dikongsi oleh adik Allahyarham iaitu Shamsidah Ismail yang juga mesra disapa sebagai Angah memaklumkan Isma atau Muhammad Latiff Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor. Isma sebelum ini pernah menerima rawatan akibat jangkitan kuman. “Ya, Isma sudah meninggal dunia. Dia pergi di atas katilnya pagi tadi. “Dia sakit sudah lama. Cuma seminggu ini kesihatannya agak merosot,” katanya kepada mStar. Angah juga dimaklumkan pihak perubatan sudah mengesahkan kematian.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff akhirnya dapat jumpa anak selepas setahun, paling seronok boleh peluk 2 cucuARTIKEL BERKAITAN: Isma Aliff tiada pendapatan tapi syukur masih terima bantuan... Enggan susahkan anak-anakIsma atau Muhammad Latiff Ismail merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang aktif memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1986. Allahyarham pernah membintangi filem berjudul Mawar Mewar selain beberapa karya lain seperti Sayang Ibu dan Kembar Siam. Isma mendirikan rumah tangga dengan Norha Rafie dan mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama. Pada Disember 2023, Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada jantung dan paru-paru. Isma juga merupakan salah seorang selebriti yang menerima sumbangan dalam program mStar Baek musim kedua tahun 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube