suria

[V] Chacha Maembong miliki ciri-ciri idaman, Andy Teh tidak menolak jika bertemu jodoh

PELAKON Andy Teh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan aktres Chacha Maembong.

Jelas Andy, 41, status hubungan mereka hanyalah sekadar rakan dan masih berada dalam fasa saling mengenali.

Bagaimanapun kata Andy, dia tidak menolak sekiranya adik kepada aktres Emma Maembong itu merupakan bakal isterinya. 

Andy tak menolak sekiranya ada jodoh dengan Chacha.

“Untuk sekarang ini, saya dengan dia masih berkawan. Dalam fasa pengenalan dan kalau betul dia jodoh, saya tidak menolak.

“Sebab saya rasa sekarang ini kami setuju untuk jaga kerjaya dulu. Jadi, belum masa lagilah untuk dedahkan apa-apa,” katanya kepada mStar.

Andy memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Sidang Media Pelancaran Filem Black Ops pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nampak saya baca surah al-Nas, bukan bermakna nak tunjuk hebat” - Andy Teh sering disangka mualaf

ARTIKEL BERKAITAN: Andy Teh tidak memilih, peminat pun ada peluang jadi bakal isteri... Tak letak banyak syarat

Dalam masa sama, Andy mengakui Chacha merupakan seorang rakan yang baik dan memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

“Ya, kami tak umumkan apa-apa lagi. Tapi dia kawan yang baik. Dia mempunyai karakter dan ciri-ciri yang saya idamkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Andy turut berkongsi pandangannya jika ditakdirkan berjodoh dengan wanita berbangsa Melayu dan isu agama menjadi antara perkara yang sering difikirkannya.

Sebelum ini pun saya tak pernah bercinta dengan orang Melayu.

ANDY TEH

PELAKON

“Itulah salah satu soalan yang saya sendiri pun tertanya pada diri saya kan. Mak ayah saya adalah penganut Buddha yang sangat kuat. 

“Tapi bagi saya, tak ada masalah kalau jodoh itu adalah orang Islam. Sebelum ini pun saya tak pernah bercinta dengan orang Melayu,” jelasnya.

Pada Ahad, sebuah akhbar melaporkan Andy kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita. 

Andy bakal tampil dalam filem terbaharu, Black Ops.

Dalam perkembangan lain, Andy bakal tampil dengan filem terbarunya iaitu Black Ops yang bakal ditayangkan di pawagam hujung tahun ini. 

Selain lain, pelakon lain yang membintangi filem tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Hisyam Hamid, Datuk Aaron Aziz dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia