USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan sahabatnya, pempengaruh MUA Bellaz susulan kecaman yang diterima berhubung pelancaran produk beg tangan keluarannya dikatakan terlalu mahal. Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, Bellaz berhak sepenuhnya menentukan hala tuju perniagaan termasuk menetapkan harga produk. Malah, Aliff sendiri memberi gambaran bagaimana seorang usahawan perlu mengeluarkan modal besar dalam perniagaan. “MUA Bellaz ini sahabat saya sendiri. Pada pandangan saya, semua orang berhak untuk berniaga. Soal letak harga bukan satu masalah, tetapi isu sebenar adalah volume.Aliff (kanan) tampil mempertahankan Bellaz susulan kecaman yang diterima. “Secara jujurnya, sekali saya membuat tempahan, nilai minimum pun RM30 juta. Jadi apabila bermain dengan kuantiti yang besar, sudah tentu harga akan kelihatan mahal,” katanya kepada mStar.Mengulas lanjut, Aliff berkata dia sendiri mengikuti siaran langsung jualan Bellaz dan menyaksikan usaha keras yang ditunjukkan oleh pempengaruh itu dalam mempromosikan produknya kepada orang ramai.“Apabila MUA Bellaz dikecam hebat, saya sendiri antara yang menonton siaran langsung jualannya. Saya lihat dia berusaha bersungguh-sungguh.“Rekaan beg itu cantik, lengkap dengan kotak dan harga yang ditambah sekitar lebih RM200 adalah berdasarkan kuantiti yang tidak terlalu banyak,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sekali lagi Aliff Syukri berjanji, mahu berubah jaga maruah keluarga... Syukur Allah jentik hatiARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri malu Shahida jarang pakai emas, risau persepsi orang kampung... “Hebatnya suami apabila isteri disaluti barang kemas”Menurut Aliff, harga tersebut dianggap munasabah memandangkan pembeli menerima pakej lengkap termasuk pembungkusan, aksesori tambahan serta kos pemasaran di platform media sosial seperti TikTok yang semakin meningkat.Dalam pada itu, Aliff berkata persepsi mahal atau murah sesuatu produk adalah subjektif dan bergantung kepada kemampuan serta kebiasaan individu.“Mungkin ada yang merasakan beg berharga RM200 itu mahal, namun persepsi setiap orang berbeza.“Ada yang membeli beg RM200 sudah dianggap mahal, tetapi bagi sesetengah individu, membeli beg bernilai puluhan ribu ringgit adalah perkara biasa,” jelasnya. Aliff merupakan antara usahawan yang berjaya dalam perniagaan.Sebelum ini, MUA Bellaz meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas menjadi sasaran kecaman susulan pelancaran produk beg tangan terbaharunya.Menerusi perkongsian di Instagram, Bellaz mengakui sedih membaca komen negatif yang diterima dan memohon maaf sekiranya produk tersebut tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak.Bagaimanapun, Bellaz menegaskan dia tidak pernah memaksa orang ramai membeli produknya dan meminta mereka mendahulukan keperluan masing-masing.Bellaz turut memohon maaf sekiranya harga tersebut dianggap mahal, namun menjelaskan produk berkenaan tidak boleh dijual dengan harga lebih rendah berikutan kos pengeluaran yang tinggi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube