USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri nekad mahu berubah selepas dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan penyebaran kandungan video sumbang di media sosial.
Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, keputusan mahkamah yang memihak kepadanya menjadi titik tolak untuk dia muhasabah diri dan memperbaiki kesilapan lalu.
"Bukan sebab menang kes atau rasa saya betul, tapi saya berikrar takkan ulangi kesilapan sama.

Aliff nekad mahu berubah menjadi manusia lebih baik.
"Saya akan jadi Aliff Syukri yang lebih baik... tiada lagi pakai baju ketat atau buat perkara yang menyakitkan hati orang lain.
"Saya bersyukur kepada Allah, mungkin ini cara Dia jentik saya untuk berubah," katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut, kata Aliff, dia enggan lagi melukakan hati ahli keluarganya yang pernah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya sebelum ini.
"Apa yang berlaku memang jadi pengajaran buat saya. Sebelum ni arwah nenek saya sampai mengamuk, ibu pula kata saya malukan keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang kes, bebas tuduhan sebar video sumbang
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu banyak aduan, SKMM panggil Aliff Syukri serta individu terlibat dalam MV ‘Kelepok Raya’
"Saya tak mahu malukan anak-anak. Saya sendiri memang nak berubah. Alhamdulillah, saya menang dengan bermaruah," jelasnya.
Dalam pada itu, Aliff mengakui tidak meletakkan harapan tinggi terhadap keputusan kes berkenaan dan sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan buruk.
"Jujurnya saya ingat akan kalah dan rugi ratusan ribu ringgit, malah kena kecam serta dihina masyarakat.

Tiga tahun kes Aliff berlangsung di mahkamah.
"Tapi Allah itu Maha Berkuasa… saya sangat bersyukur sebab menang kes ini selepas tiga tahun.
"Bila Hakim cakap saya tak bersalah, saya rasa macam satu keajaiban. Sebelum itu saya rasa macam nak kena gantung dah," ujarnya.
Pada pagi Rabu, Aliff dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahkamah juga memutuskan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya tidak menepati undang-undang dan tidak boleh dikekalkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


