LAMA menyimpan rasa, pelakon dan penyanyi Abby Abadi merasakan kini tiba masa untuk dia bersuara tentang hubungan antara anak dan menantunya yang mendirikan rumah tangga pada hujung Disember 2023.
Bagi Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia enggan lagi Marissa Dania terus berada dalam sebuah hubungan yang disifatkan sebagai tidak sihat.
"Saya update untuk selamatkan anak dari hubungan toksik... itu hal baru. Dua tahun berlalu, pada saya cukup lama untuk membiarkan anak terus berada dalam hubungan yang menyusahkan diri dia dan membuat memendam rasa," katanya.
Abby menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Rabu.

Abby berkongsi luahan tentan rumah tangga anaknya.
Dia juga seolah-olah memberi gambaran seperti kehilangan hak sebagai seorang ibu selepas Marissa bergelar isteri kepada Ahmad Aslam.
"Sudah dua tahun saya biarkan cerita ini berlalu. Saya biarkan anak merasa sendiri pahit dan manis jalan yang dia pilih.
"Saya biarkan pihak lelaki buat apa sahaja sebab katanya dia berhak sebagai suami. Tidak mengapa hilang hak sebagai ibu kerana mengikut kehendak anak," ujarnya.
Dalama masa sama Abby juga sempat mengingatkan bahawa dia sentiasa berada di sisi anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak nak luah, tapi Abby Abadi biarkan komen netizen jadi wakil... Ada yang cadang Marissa Dania undur diri
ARTIKEL BERKAITAN: “Anak saya perlu diselamatkan” - Abby Abadi kongsi luahan hubungan toksik
Malah dia juga enggan perkongsian tersebut dikaitkan dengan mana-mana pihak lain kerana tidak menyebut sebarang nama.
"Saya tak kaitkan orang lain, jadi tak perlu sebut orang itu atau ini. Untuk situasi ini, Marissa Dania cuma ada mamanya sahaja," luahnya.
Menerusi satu hantaran yang dibuat sebelum ini, Abby meminta sokongan orang ramai untuk menyelamatkan Marissa agar keluar dai sebuah hubungan toksik.

Abby sentiasa memberi sokongan terhadap Marissa.
Dia juga pernah berkongsi beberapa komen pandangan netizen yang berpendapat agar anaknya tidak lagi meneruskan hidup berpoligami.
Terdahulu, Marissa yang baru berusia 20 tahun mengejutkan ramai apabila selamat bergelar isteri kedua kepada Aslam di Songkla, Thailand, pada Disember 2023.
Ketika itu, Aslam sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan tiga cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


