suria

‘Gayong’ ditayangkan semula, harga tiket hanya RM10

Gayong bakal ditayangkan semula di pawagam sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 dan Hari Malaysia, syarikat produksi SOL Pictures Sdn. Bhd, serta pengedar Empire Film Solution dengan kerjasama TGV Cinemas bakal menayangkan semula filem Gayong bermula 28 Ogos hingga 17 September ini. 

Menurut Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip, penonton diberi keistimewaan untuk menonton versi berbeza dengan beberapa pembaharuan termasuk kombinasi director's cut dan pengkritik filem. 

Lebih menarik, tiket wayang filem ini ditawarkan dengan harga berpatutan iaitu RM10.

Filem Gayong mengangkat semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Filem Gayong mengangkat semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

"Kami ada membuat penambahan yang cukup eksklusif klip-klip adegan babak dalam filem Gayong 2 yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. 

"Filem ini akan ditayangkan di pawagam TGV Cinemas di seluruh Malaysia, malah harga tikat yang ditawarkan juga sangat berbaloi iaitu hanya RM10 sahaja," katanya. 

Dalam pada itu, Khairul memberitahu inisiatif ini dilakukan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan tayangan filem membangkitkan semangat, perpaduan serta jati diri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah tokoh silat Meor Abdul Rahman, pengarah ada sebab pilih Beto Kusyairy teraju ‘Gayong’

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gayong’ terima maklum balas positif penonton, kutip RM1 juta selepas dua hari tayangan

"Ketika ditayangkan sebelum ini, Gayong mendapat sambutan menggalakkan. Namun, tidak dinafikan masih ramai terlepas untuk menontonnya. 

"Kini kami membuka semula peluang kepada mereka yang mahu menonton di pawagam. Lagi pun kami merasakan filem ini sesuai ditayangkan kerana berkisarkan seorang insan yang dikenali memperjuangkan maruah bangsa, agama dan tanah air daripada kerakusan penjajah," ujarnya. 

Selain pembelian tiket secara talian dan walk-in pawagam, mana-aman pihak berminat untuk membuat tempahan secara berkumpulan boleh mendapatkan maklumat di semuat platform media social @filemgayongrasmi

Untuk info, Gayong merupakan filem arahan Faisal Ishak yang diinspirasi daripada kisah Pengasas Silat Gayong, Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman. 

Ditayangkan di pawagam pada 5 Mei lalu, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayang Ruhian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain