suria

‘Gayong’ terima maklum balas positif penonton, kutip RM1 juta selepas dua hari tayangan

Gayong berjaya kutip RM1 juta dalam masa dua hari tayangan.

FILEM Gayong mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 juta hanya dalam tempoh dua hari ia ditayangkan sejak 8 Mei lalu.

Karya yang mengangkat kisah Pengasas Silat Seni Gayong iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman itu nyata mencuri tumpuan penggemar filem tempatan.

Selain menerima ucapan tahniah, rata-rata komen di media sosial turut memberikan maklum balas positif selepas menonton filem berkenaan di pawagam.

Gayong terima pujian penonton.

“Rancaklah! Hanya dua hari tayangan dah capai RM1 juta, filem ni sangat seronok untuk ditonton.

“Tahniah buat seluruh pasukan Gayong, insya-Allah minggu depan boleh capai RM5 juta.

“Dah tengok seisi keluarga, filem ini memang terbaik!,” tulis netizen.

Filem Gayong memaparkan perjalanan hidup Meor atau ADMAR yang mempertahankan maruah bangsa di gelanggang pertandingan sebelum berhijrah ke Singapura dari Taiping, Perak bersama isterinya iaitu Che Som (Nabila Huda) bagi mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat kisah tokoh silat Meor Abdul Rahman, pengarah ada sebab pilih Beto Kusyairy teraju ‘Gayong’

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gayong’ bukan rekaan, angkat kisah tokoh silat tempatan

Bagaimanapun perjalanan itu mempunyai cabaran serta dugaan yang perlu ditempuhi bersama keluarganya.

Ketika tempat tinggalnya diancam oleh penjajah Jepun, Allahyarham bersama rakan seperjuangan lain bangkit bagi mempertahankan tanah air mereka.

Filem arahan Faisal Ishak ini dibintangi pelakon hebat seperi Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain