suria

Hanya anggap kawan ‘hi,bye’… Angel Dolla tiada hubungan dengan Nadhir Nasar

Angel tiada hubungan istimewa dengan Nadhir.

ANGGOTA kumpulan Dolla iaitu Angel tidak mengetahui tujuan aktor Nadhir Nasar memuat naik fotonya di media sosial sehingga mencetuskan gosip mereka sedang bercinta.

Menyangkal perkara tersebut, Angel, 25, menjelaskan dia dan Nadhir hanya sekadar kenalan biasa.

“Saya baru nampak gambar itu dan ia diambil menerusi sebuah acara majalah hiburan.

Foto Angel yang dimuat naik oleh Nadhir di Instagramnya.

“Saya tak jangka dia akan ‘post’ gambar saya sebab jurugambar ketika itu memang ambil gambar semua orang.

"Saya tak ada (hubungan istimewa dengan Nadhir),” katanya kepada mStar.

Angel berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu Dolla berjudul MWA! yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Angel menjelaskan hubungan mereka juga tidak rapat seperti disangka sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut keluar gosip cinta, Amir Ahnaf kesian Angel kena menjawab... Sokong sejak awal Dolla muncul

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datang konsert bagi sokongan, Angel Dolla jelaskan status hubungan dengan Amir Ahnaf

Jelas pemilik nama sebenar Angelina Chai Ka Ying ini mereka juga tidak pernah berkomunikasi melainkan menyapa jika bertemu di acara hiburan.

“Kami tidaklah rapat, hanya kenalan ‘hi, bye’ sahaja. Saya pun terkejut apabila dia ‘post’ gambar saya.

“Kami hanya jumpa di acara hiburan sahaja, berjumpa (di luar) memang tak pernah.

“Mungkin kalau ada projek dan peluang kerjasama selepas ini saya tiada masalah,” ujarnya.

Saya tak jangka dia akan ‘post’ gambar saya sebab jurugambar ketika itu memang ambil gambar semua orang.

ANGEL

AHLI KUMPULAN DOLLA

Pada Jumaat, perkongsian Nadhir di Instagram menjadi perhatian ramai apabila pelakon drama Cikgu Hiragi memuat naik foto Angel menghadiri sebuah acara hiburan.

Sebelum ini, gosip antara Angel dan Nadhir mula timbul apabila mereka saling berbalas komen di media sosial.

Menerusi temu bual bersama mStar, Nadhir bagaimanapun menafikan dakwaan dia sedang bercinta dengan Angel.

Kata Nadhir, hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa dan komunikasi di media sosial bukanlah sesuatu yang serius di antara mereka.

Angel tiada hubungan istimewa dengan Nadhir.

Dalam perkembangan lain, Angel bersama Dolla tampil dengan single terbaharu berjudul MWA! hasil ciptaan bersama komposer Chelsea Warner, Gaston dan Roland Lim Shi Jie.

Menurut anggota Dolla iaitu Tabby, pelancaran single MWA! ini sebagai permulaan bagi kumpulan itu untuk 2025.

“MWA! hanyalah permulaan. Kami anggap tahun ini sebagai 'tahun lagu Dolla' kerana banyak lagi lagu akan dilancarkan.

“Kami tak sabar untuk membawanya ke pentas dan berharap ia dapat menarik lebih ramai pendengar kerana lagu ini sangat segar dan berbeza," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain