PELAKON Abby Abadi sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi beberapa tangkap layar komen netizen tentang perkahwinan anaknya iaitu Marissa Dania.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, tidak mengulas panjang berkenaan dengan isu tersebut sebaliknya memilih untuk membiarkan netizen berbicara.
"Rasanya banyak yang mahu diceritakan tapi cuma boleh cakap biarlah komen-komen ini mewakili," tulisnya.

Perkongsian Abby yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Antara komen yang dikongsi termasuklah luahan simpati serta pandangan yang mencadangkan agar Marissa berundur demi kebaikan semua pihak.
Salah satu komen atas pemilik akaun @abbyabadi.execlusive juga merasakan Marissa berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang adalah membuang masa.
"Tak perlu VVIP (orang kenamaan) pun tak apa yang penting bukan suami orang.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abby Abadi tak nak campur hal rumah tangga Marissa dan Aslam, tengok sahaja apa jadi
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lebih setahun berpoligami, akhirnya mahkamah sahkan status nikah Marissa dan Aslam di Songkhla
"Buang masa, rugikan diri sendiri," tulis pemilik akaun itu.
Komen-komen lain juga menyebut agar Marissa lebih memberi fokus kepada diri sendiri dalam usia yang maish muda.
"Undur diri Marissa, mereka (suami) gembira ada anak kecil, awak boleh cari VVIP, layak untuk awak.
"Marissa awak cantik, kenapa awak tak cari kebahagiaan hak milik awak seorang saja. Kalau tak Bahagia melangkahlah cari lebih baik untuk kebahagiaan sendiri.

Abby (kiri) sentiasa inginkan yang terbaik untuk Marissa.
"Sebab cinta dia (Marissa) sanggup jadi yang kedua. Takut awak akan menyesal nanti dik," tulis netizen.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Pernikahan itu menjadi bualan netizen kerana ketika bernikah dengan Marissa, Aslam merupakan suami kepada Umisya Mazlan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


