suria

[V] Lebih setahun berpoligami, akhirnya mahkamah sahkan status nikah Marissa dan Aslam di Songkhla

URUSAN pengesahan status nikah antara anak pelakon Abby Abadi iaiu Marissa Dania Hakim bersama suaminya, Ahmad Aslam  pada Selasa akhirnya selesai dan sah di sisi undang-undang Malaysia.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur iaitu Wan Mohd Najib Wan Hamat bersetuju mengesahkan pernikahan Marissa dan Ahmad Aslam selepas mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak. 

Permohonan pengesahan itu dibuat mengikut Seksyen 23 (1A) iaitu pernikahan poligami luar negara tanpa kebenaran. 

Marissa dan Aslam enggan membuka mulut mengenai rumah tangganya.

Marissa dan Aslam enggan membuka mulut mengenai rumah tangganya.

"Alhamdulillah, kes sudah selesai. Kami sudahpun sah (di sisi undang-undang Malaysia). 

"Saya tidak ada apa-apa lagi yang mahu katakan. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak," katanya kepada pemberita. 

Kedua-dua mereka hadir Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi urusan berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Marissa Dania dan Ahmad Aslam muncul di mahkamah syariah

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa minta Abby Abadi berhenti sebar cerita tak benar, dah hubungi ibu tapi tidak diendahkan

Marissa ketika diminta untuk memberi komen bagaimanapun hanya berdiam dan berlalu pergi.

Sementara itu, peguam yang mewakili mereka iaitu Muhammad Ammar Yaser menjelaskan, pasangan tersebut boleh mengambil langkah susulan untuk mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

Ditanya mengenai denda dan hukuman, peguam menjelaskan perkara tersebut akan dibuat oleh pendakwa syarie kelak.

Mereka perlu daftarkan pernikahan pada bila-bila masa.

MUHAMMAD AMMAR YASER

PEGUAM

“Dokumen pernikahan di Thailand juga sudah disahkan oleh mahkamah. Jadi pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang dan boleh didaftarkan. 

“Selepas selesai proses ini mereka perlu daftarkan pernikahan pada bila-bila masa pada kadar segera di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI.

“Kita tahu ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda dan penjara namun apa pun Pendakwa Syarie yang akan lakukan prosiding seterusnya bagi membuka fail siasatan,” ujarnya.

Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 dan kini memegang status sebagai isteri kedua Aslam.

Marissa dan Aslam tampil sedondon ketika hadir ke mahkamah.

Aslam yang menjawab segala pertanyaan pihak media.

Kisah tersebut menjadi bualan ramai kerana status Aslam yang masih suami orang ketika mereka bernikah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Pasangan ini masih belum dikuniakan cahaya mata selepas Marissa mengumumkan mengalami keguguran pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain