MEMILIKI kediaman yang selesa pastinya menjadi impian ramai individu, apatah lagi apabila rumah dibeli menepati ciri-ciri diidamkan sejak sekian lama.Antara perkara menjadi pertimbangan adalah kedudukan rumah yang strategik, pengudaraan baik serta ruang membolehkan penghuni menikmati suasana tenang tanpa gangguan. Namun, impian untuk menikmati keselesaan di kediaman sendiri boleh terjejas apabila berdepan dengan sikap jiran yang tidak mempunyai common sense atau mementingkan diri, sebagaimana situasi dikongsikan wanita ini."Memang niat beli rumah end lot, sebab cita-cita bangun pagi nak buka semua tingkap bagi cahaya, angin pagi yang segar masuk dan bunyi-bunyi burung.Bau masakan yang terlalu kuat atau kurang menyenangkan boleh mengganggu keselesaan jiran tetangga. -Gambar hiasan AI"Tapi dah setahun lebih bersabar sebab jiran sebelah meniaga lauk tengah hari. Pagi-pagi je bau tumis sambal, bau goreng ayam, bunyi mesin pengisar," kongsinya.Menurut individu tersebut, dia sudah melakukan beberapa usaha untuk mengatasi masalah bau masakan yang kurang menyenangkan, namun tidak membuahkan hasil."Dah banyak pewangi rumah beli, tapi semua habis tenggelam. Tingkap tandas pun terpaksa tutup untuk kurangkan bau," luahnya sebagaimana hantaran di Threads. ARTIKEL BERKAITAN: Individu marah jiran buat bising vakum rumah tengah hari buta, ganggu tidur anak - "Manusia ni semakin pelik"ARTIKEL BERKAITAN: Jiran bebal buka bengkel di rumah, lepas ditegur makin bingit bunyi enjin motosikal - "Jenis budak tak habis sekolah"Wanita itu mendakwa sudah pernah menegur jirannya berhubung perkara tersebut, bagaimanapun masalah sama masih berlarutan."Entahlah ye, dah pernah tegur pun. Tapi iyalah, itu punca rezeki dia. Apa boleh buat," luahnya lagi.Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan situasi yang dihadapi wanita berkenaan.Seorang wanita meluahkan rasa tidak selesa apabila jiran sebelah rumahnya menjalankan perniagaan makanan setiap hari.Dia tidak selesa menghidu bau tumisan sambal, ayam goreng dan bunyi mesin pengisar setiap hari.Pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengurangkan bau masakan namun tidak berhasil.Wanita itu mendakwa sudah menegur jirannya, namun masalah tersebut masih berlarutan.Netizen bersimpati dan berpendapat peniaga perlu menjaga keselesaan jiran walaupun mencari rezeki.Ringkasan ini dijana oleh AIMereka berpendapat, meskipun ia adalah punca rezeki, namun individu berkenaan perlu mengambil kira keselesaan orang sekeliling."Faham je dia nak niaga tapi bau masakan kalau masuk rumah memang melekat sokmo."Saya pernah terbaca orang report dekat majlis, tapi nanti kantoi kita yang report susah juga."Jiran saya pula meniaga ayam gunting sampai asap ke rumah," komen segelintir netizen.