KAWASAN kejiranan sepatutnya bebas daripada sebarang gangguan demi menjaga keharmonian semua penghuni.
Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila jirannya membuka bengkel motosikal di halaman rumah.
Selain gangguan bunyi, dia yang baru sahaja menimang cahaya mata juga kurang senang dengan bau-bauan dari bengkel.

Gangguan bunyi boleh menyebabkan tidur si cilik terganggu. -Gambar hiasan AI
"Sesungguhnya saya sangat membenci perbuatan jiran sebelah. Dah la buka bengkel di rumah, jadi bising sangat.
"Bau minyak hitam masuk sampai dalam bilik. Bau rokok pun masuk sampai dalam bilik. Kita pasang aircond, dah la ada baby," kongsinya.
Menurut wanita itu, dia juga sudah membuat teguran, namun masalah berkenaan masih berlarutan sehingga ke hari ini.
- Wanita kesal jiran buka bengkel motosikal depan rumah.
- Dia yang baru melahirkan bayi mengalami gangguan bau dan bunyi.
- Dia juga sudah menegur jirannya, namun masalah tetap berlarutan.
- Pengadu tidak boleh berpindah kerana sudah membeli rumah itu.
"Malas nak doa yang bukan-bukan. Cuma nak cakap, Allah dengar apa dalam hati ini berkata-kata. Sakit hati sangat.
"Dah tegur banyak kali, tapi jenis budak tak habis sekolah, dia provoke 'rem' motor lepas tegur.
"Polis pun dah dihubungi, macam tak ada fungsi je," tulisnya sambil menambah gangguan itu biasanya berlarutan sehingga pukul 4 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi isu RXZ! Jiran buat 'bengkel' di rumah sebelum himpunan, memekak 'ramp' sampai tengah malam - "Tiap hari kami menyumpah"
ARTIKEL BERKAITAN: Ekzos bising, asap bau petrol! Individu geram jiran sebelah buka bengkel di rumah - “Waktu solat Jumaat pun masih membaiki”
Tambah wanita itu, dia sudah membeli dan menetap di kediaman itu sejak 17 tahun lalu.
Di ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan keluarganya.
"Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Sila rakam setiap hari perbuatan mereka, attached pada report.

Bengkel tidak sepatutnya dibuka di kawasan rumah. -Gambar hiasan
"Bau minyak dan asap rokok bahaya kepada kesihatan untuk jangka masa panjang, lagi-lagi ada anak kecil.
"Report je. Saya pun geram dengan jiran. Dia buka kelas tuisyen sampai tempat letak kereta rumah kami tak cukup," antara komen netizen.


