suria

Kasihan kawan tak pernah makan steamboat, pemuda ‘offer’ nak belanja... Tapi niat baik ditolak, alasan risau dicop pasangan sejenis!

Salah satu cara untuk berkongsi rezeki atau menghargai rakan adalah dengan cara membelanja mereka makan. -Gambar hiasan AI

NIAT yang baik ada kalanya tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Itulah yang diluahkan seorang lelaki apabila ajakan ikhlasnya terhadap seorang rakan bertukar menjadi pengalaman yang cukup mengecewakan.

Menurut perkongsiannya, dia terdetik untuk mengajak rakan lelakinya itu menikmati steamboat atas dasar menghargai persahabatan yang terjalin sejak zaman belajar, selain mengetahui sahabatnya itu belum pernah mencuba hidangan sedemikian.

Golongan lelaki gemar menghabiskan masa bersama lebih-lebih lagi jika mempunyai persamaan hobi. -Gambar hiasa AI

"Aku ada ajak member (laki) aku ni makan steamboat. Dia pernah cakap yang dia tak pernah makan dekat steamboat seperti Sukiya, BBQ Town dan lain-lain.

"Jadi aku terdetik nak ajak dia makan steamboat sewaki, berdua pun tak kisah," tulisnya dalam hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

ARTIKEL BERKAITAN: Gay dekat rumah suka 'menggatal', suami pula tak bagi tegur... Isteri tunggu masa nak 'meletup' - "Membara jiwa pahlawan aku"

Menurut individu tersebut, pada mulanya ajakannya mendapat reaksi positif daripada rakannya itu.

Namun, segalanya berubah apabila tiba hari kejadian apabila rakannya itu tiba-tiba membatalkan janji pada saat akhir dengan alasan yang membuatkan dia terdiam.

  • Seorang individu mengajak rakan lelakinya makan steamboat sebagai tanda menghargai persahabatan lama.

  • Rakannya pada awalnya bersetuju dan memberi reaksi positif terhadap ajakan tersebut.

  • Pada hari kejadian, rakannya membatalkan janji saat akhir dengan alasan 'tidak mahu dilihat macam gay'.

  • Individu itu kecewa kerana niat ikhlasnya disalah tafsir.

  • Netizen mengkritik sikap rakan tersebut dan menasihatkan individu itu agar tidak pendam kecewa.

"Apabila hari kejadian tu, last minute dia tak nak sebab 'tak nak nampak macam gay'. Terdiam aku dengar alasan dia. Baru tahu kalau makan dengan member lelaki berdua macam gay. Korang rasa?

"Jujurnya aku ajak sebab nak menunjukkan penghargaan atas menjadi kawan baik sepanjang kami belajar, tetapi entah macam mana aku kecewa sebab dia fikir macam tu.

"Dia sanggup batalkan rancangan semata-mata nak lepak dengan member lain," luahnya lagi.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. 

Perkongsiannya mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya. 

Rata-rata netizen tampil memberikan pandangan masing-masing, dengan kebanyakannya menyifatkan tindakan rakan lelaki tersebut sebagai keterlaluan dan tidak wajar serta mencerminkan pemikirannya yang sempit.

Dalam pada itu, segelintir netizen menasihatkan individu berkenaan agar tidak terlalu memendam rasa kecewa dan menerima hakikat bahawa tidak semua orang mampu memahami keikhlasan yang ditunjukkan.

Artikel Lain

Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia