suria

Pemilik kedai ‘sound’ pelajar... Pesan ‘fries’ kemudian guna WiFi, cas laptop berjam-jam - “Berbaloi tak bayar bil untuk dia je?”

Segelintir individu gemar melepak di kedai makan. -Gambar hiasan AI

RAMAI pemilik premis kecil sering berdepan dilema antara rasa simpati terhadap pelanggan dan kelangsungan perniagaan yang perlu dipertahankan.

Situasi itu dikongsikan seorang pemilik sebuah kedai makan selepas mendapati terdapat individu menggunakan kemudahan internetnya secara berlebihan untuk melakukan kerja sambilan.

Lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan individu terbabit sememangnya menunggu kedai makannya dibuka dan memesan menu yang sama untuk duduk selama lima jam.

"Dua hari suami buat perkara yang memalukan, tapi harus buat!

Ramai yang gemar membuat kerja di kedai makan. -Gambar hiasan

Ramai yang gemar membuat kerja di kedai makan. -Gambar hiasan

"Ada seorang budak ni, pelajar yang buat kerja sambilan dekat pejabat sebelah kafe, setiap hari dia datang mesti minta air kosong dengan fries.

"Kemudian plug-in laptop, lama sangat... guna WiFi pejabat dia rasanya," kongsinya di Thread.

Menurut wanita ini, pelajar berkenaan akan berada di kedainya bermula pukul 11 pagi sehingga 4 petang.

Namun sepanjang tempoh itu, hanya kentang goreng berharga RM6.50 sahaja yang dipesan dan dimakan manakala air kosong diberikan percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan tak bagi orang gaji guna Wifi rumah, suruh pakai data... Pekerja lain gaji RM1,500 semua keperluan kena bayar sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tiada tempat nak makan di kedai serbaneka! Pelajar enggan berganjak, pulun buat assignment sampai habis

"Berbaloi tak bayar bil untuk dia je? Jadi suami terpaksa tegur dia, tapi bukanlah marah," tambahnya.

Susulan teguran yang dilakukan oleh suami, pelajar berkenaan tidak lagi datang ke kedainya.

Bagaimanapun, ujar wanita ini, perkara sama berulang melibatkan pelajar lain bersama seorang individu.

"Kali ini, datang seorang pelajar dengan kawan dia, plug-in laptop dan buat kerja selama empat jam tapi pesan dua jenis air yang berharga RM11.

  • Peniaga kecil dilema antara simpati dan kos operasi yang meningkat.
  • Pelajar guna WiFi dan plug point berjam-jam dengan pesanan minimum.
  • Duduk hingga lima jam, hanya pesan fries RM6.50 dan air kosong.
  • Suami pemilik kedai tegur secara baik, pelajar terima dan faham.
  • Netizen sokong peniaga, nasihat pelanggan lebih bertimbang rasa.

"Berulang kali cas laptop dan telefon, jadi suami tegur dan mereka pun tak marah... siap order makanan lepas ditegur.

"Memang mereka buat perkara sama sebelum suami tegur," ujarnya sambil meluahkan rasa simpati kerana terpaksa menegur.

Meskipun mengakui berasa kasihan terhadap pelajar-pelajar tersebut, namun dia berharap orang ramai lebih bertimbang rasa terhadap peniaga kecil yang beroperasi dengan modal sendiri.

"Kami kedai makan biasa, bukan kafe yang memang sediakan ruang lepak dan WiFi percuma. Aircond, air semua guna kos," jelasnya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dengan ada yang mencadangkan supaya dia mengehadkan penggunaan WiFi seperti beberapa kedai minuman popular.

"Tetapkan WiFi sejam je, password bagi pada resit dan lepas sejam kena beli air baru untuk dapat WiFi.

"Ada tengok pemilik kedai dobi siapkan meja untuk pelajar yang guna WiFi kedai dia lepas nampak dalam kamera pengawasan.

"Awak dan suami buat perkara yang betul, kena ada common sense sebab saya sebagai pelanggan pun takkanlah lepak guna plug percuma lebih sejam," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain

Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia