SEORANG wanita mempersoalkan kewajaran untuk berkongsi kemudahan internet dengan pembantu rumah.
Wanita itu berpandangan, tiada keperluan untuk majikan memberikan pembantu rumah yang dibayar gaji menggunakan WiFi memandangkan mereka telah dibayar gaji dan diberikan kemudahan lain secara percuma.r
"Saya tak rasa patut untuk berkongsi WiFi (dengan pembantu rumah). Pekerja lain pun gaji RM1,500 ke atas tapi perlu bayar sewa rumah dan lain-lain.

Majikan perlu lebih bertimbang rasa dengan pembantu rumah. -Gambar hiasan
"Orang gaji ni semua kena sediakan. Apa la sangat guna gaji sikit beli data sendiri. Bukan kedekut WiFi tapi kadang-kadang mereka ambil kesempatan," katanya memberi pendapat.
Namun kenyataan itu mengundang kecaman apabila ramai netizen menyifatkan tindakan tidak mahu berkongsi jaringan internet dengan pembantu rumah sebagai kedekut dan keterlaluan.
"Tak kan WiFi pun nak berkira dengan orang gaji. Jelas sekali tak rugi apa-apa pun nak berkongsi password.
"Terlalu 'kampung' untuk ada pembantu. Kalau rasa berat sangat nak share, baik buat kerja sendiri. Kedekut.
ARTIKEL BERKAITAN: Spotcheck telefon maid, majikan terkedu buka galeri foto! Bibik lebih banyak momen dengan anak
ARTIKEL BERKAITAN: Majikan zalim paksa bibik makan tahi anjing, minum air parit... Ugut pembantu lain pijak mangsa
"Awak post ni untuk cari orang bersetuju dengan awak je ke? Kalau maid tak buat kerja, berkepit dengan telefon tapi dah kerja dengan awak sembilan tahun.
"Macam masalah awak je simpan pekerja jenis tak buat kerja dengan baik, lepas tu buat aduan," komen beberapa netizen.
Difahamkan, pembantu rumah yang sedang berkhidmat dengannya kini sudah bekerja selama sembilan tahun tanpa sebarang masalah.
- Seorang wanita persoal perlu atau tidak berkongsi WiFi dengan pembantu rumah.
- Katanya, pembantu rumah wajar guna data internet sendiri seperti pekerja lain.
- Pandangan itu dikecam netizen yang menganggap dirinya kedekut.
- Pembantu rumah sekarang sudah bekerja sembilan tahun dan rapat seperti keluarga.
- Wanita jelaskan hanya minta pembantu guna data sendiri, bukan larang guna telefon.
Malah hubungan mereka dianggap rapat seperti keluarga sendiri kerana sering dibawa berjalan serta diberikan hadiah termasuk barangan kemas.
Tambahnya, pengalaman lalu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam soal penggunaan internet kerana pernah berdepan masalah apabila terlalu memberi muka kepada orang gaji sehingga kerja rumah terabai.
Membalas kritikan itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pernah melarang pembantu rumah menggunakan telefon bimbit.

Komen netizen.
"Cakap pasal internet Wi-Fi je terus kena cop zalim, lepas tu tuduh tak bagi makan la apa la. Maknanya kalau dalam persetujuan ejen yang tak bagi mereka pegang telefon tu apa ya?
"Lepas tu yang bagi telefon masa hujung minggu tu je? Macam saya, setiap hari benarkan dia guna telefon cuma guna data sendiri je. Mulut (netizen) teruk betul.
"Cakap benda kesat. Tapi saya 'enjoy' je la sebab ada je yang faham konteks (apa yang cuba disampaikan)," jelasnya.


