SEORANG wanita berasa sangat bersalah selepas anaknya memberi makan ikan peliharaan di kolam milik ibu mentua kakaknya secara berlebihan sehingga penapis air (filter) rosak.
Kejadian tidak disangka-sangka itu berlaku ketika famili mentua kakaknya mengadakan kenduri kesyukuran sebelum berangkat menunaikan umrah.
Menurut wanita berkenaan, dia yang sedang sarat hamil tidak menyedari anaknya bermain di kawasan kolam, manakala suaminya pula bekerja pada waktu itu.

Pergerakan ibu hamil terhad menyebabkan mereka sukar mengawal anak-anak sepenuhnya. -Gambar hiasan
"Anak saya dan anak kepada kakak saya pergi main kolam ikan mak mentua kakak saya.
"Mereka pergi bagi makan ikan dekat kolam tu sebanyak-banyaknya sampai rosak filter kolam tu.
"Memang salah saya sebab saya sendiri cuai. Memang teruk anak kena marah dengan saya," ujarnya.
Dalam hantaran di Threads itu, dia turut berkongsi foto menunjukkan sejumlah ikan peliharaan, dipercayai Tilapia Merah terapung di dalam kolam.
ARTIKEL BERKAITAN: Budak nakal cakar kasut sampai jahanam! Mak ayah leka ‘shopping’ raya, tak sedar anak buat onar
ARTIKEL BERKAITAN: Geram cikgu asyik mengadu anak ‘panjang tangan’ di sekolah, ibu terus heret pergi balai… Tak banyak cakap, biar polis uruskan!
Menerusi satu lagi gambar, ikan-ikan yang sudah mati dapat dilihat diletakkan di dalam sebuah baldi biru.
Bagaimanapun, wanita ini tidak menyatakan jumlah kerugian dialami gara-gara insiden tersebut.
Susulan kejadian ini, dia meminta orang ramai supaya mendoakan urusan umrah keluarga mentuanya dipermudahkan.
"Korang tolong doakan mak mentua kakak aku murah rezeki, doakan dia buat umrah dengan tenang.
"Ye la dia sedih ikan ternakan dia mati macam tu je angkara anak aku dengan cucu dia sendiri," katanya.
- Seorang wanita rasa bersalah anak beri makan ikan berlebihan sampai rosak filter kolam milik ibu mentua kakaknya.
- Kejadian semasa kenduri sebelum mentua kakak berangkat tunai umrah.
- Banyak ikan Tilapia Merah mati.
- Netizen cadang ganti filter, bersihkan kolam dan beli ikan baharu.
- Wanita itu kata mahu ganti, tapi ibu mentua kakaknya menolak kerana cucunya juga terlibat.
Perkongsiannya mengundang rasa simpati ramai netizen yang turut memberi cadangan agar dia menggantikan semula kerugian ditanggung pemilik kolam.
"Dia pergi umrah. Cuba awak ganti filter dan bersihkan tempat tu. Letak la ikan ganti semula. Nanti dia balik, gembira je buat kejutan dekat mentua kakak awak.
"Mungkin kalau awak bayar sikit kerugian tu boleh bagi dia senang hati sikit? Berpakat la dengan suami sebab tu anak awak dan kakak yang buat kan.
"Berpakat la bayar sikit. Jangan sekadar minta maaf je. Kasihan dia penat-penat ternak ikan. Ini cuma cadangan saya je," komen beberapa netizen.
Membalas komen tersebut, wanita itu menjelaskan mereka sekeluarga memang berniat untuk menggantikan filter yang rosak.

Komen netizen di media sosial.
"Memang saya nak ganti tapi mak mentua kakak tu tak nak. Dia kata salah cucu dia juga sebab sama-sama main.
"Cuma bab bersihkan kolam ikan ni memang saya tak boleh sebab tengah sarat. Saya cuma mampu tolong mana yang patut je.
"Insya-Allah kalau ada rezeki nanti saya ganti dengan ikan perhiasan ke apa," ujarnya lagi.


