PENCERAIAN bukan sekadar pengakhiran sebuah hubungan, tetapi sering kali membuka ruang kepada konflik yang lebih besar terutama apabila melibatkan soal harta.
Inilah yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila tanah yang diperoleh hasil titik peluh ibu bapa akhirnya berpindah milik kepada bekas menantu, tanpa pengetahuan mereka.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat seorang individu di laman sosial, ibu dan bapanya memberikan sebidang tanah kepada adik bongsu dengan syarat ia tidak boleh dijual atau dipindah milik.
Dalam sesetengah kes, penceraian membuka ruang kepada konflik yang lebih besar. -Gambar hiasan
"Adik bongsu tak bincang dengan mak ayah, dia pindahkan sepenuhnya kepada wife dia. Lepas tiga bulan, diaorang cerai.
"Mak ayah aku terlalu percaya dan sayangkan anak dia yang seorang ni. Tapi anak yang seorang ni 'bodoh piang' (sangat bodoh).
"Dia sayang sangat isteri tapi dia lupa dia masih ada mak bapa. Sedih tengok mak ayah kena betray (khianat) macam ni," tulisnya dalam perkongsian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Sayu kuis sisa kebakaran... Anak bakar semua barang pernah dibeli sebab marahkan ibu, 'cabut' pintu rumah!
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa senyap-senyap ke kampung bakal menantu, siasat latar belakang... Lepas dapat jawapan terus batal majlis nikah anak gadis
Menurut individu itu, ibu dan bapanya cuba menghubungi bekas isteri kepada adik bongsu namun semua mesej dan panggilan tidak berbalas.
"Macam kita pula mengemis padahal tu hasil titik peluh. Adik bongsu bila kantoi (pindah milik) ni, dia tak minta maaf pun dekat parents saya," tulisnya.
Tambahnya lagi, sebagai anak, dia sendiri turut terkesan dengan pengkhianatan yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua orang tuanya, apatah lagi ibunya kerap mengalirkan air mata mengenangkan nasib keluarga mereka.
Konflik sebuah keluarga bermula apabila tanah yang dibeli oleh ibu bapa dipindah milik kepada menantu tanpa pengetahuan mereka.
Tanah tersebut diberi kepada anak bongsu dengan syarat tidak boleh dijual atau dipindah milik, namun si anak melanggar syarat.
Hanya tiga bulan selepas pertukaran hak milik, pasangan itu bercerai, menyebabkan tanah kekal di bawah nama bekas isteri.
Usaha ibu bapa dan ahli keluarga menghubungi bekas menantu tidak dibalas, seolah-olah mereka pula yang terpaksa 'mengemis'.
Anak kepada pasangan warga emas itu turut terkesan melihat penderitaan ibu bapanya dan kecewa atas pengkhianatan serta sikap lepas tangan adik sendiri.
"Tak apa, kifarah tu ada, cepat atau lambat. Mak ayah saya tak kan reda dan tak halalkan ya," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib ibu bapa individu tersebut, selain mengecam tindakan si adik dan bekas isterinya yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
Malah ada antara mereka menasihati agar keluarga itu mendapatkan khidmat guaman bagi meneliti semula status pemilikan tanah tersebut, memandangkan ia melibatkan syarat asal yang telah dilanggar.

Netizen melontarkan pandangan terhadap situasi keluarga berkenaan.
"Selagi hidup janganlah kita tukar harta nama ke anak-anak. Wasiatlah.
"Parents hidup lagi ke? Kalau hidup, boleh tanya lawyer balik dan ubah wasiat.
"Rasa macam memang bini tu nak scam je, sebab baru lepas dapat tanah terus blah," demikian antara komen netizen.


