suria

Bapa senyap-senyap ke kampung bakal menantu, siasat latar belakang... Lepas dapat jawapan terus batal majlis nikah anak gadis

Seorang bapa sanggup menggadai nyawa untuk anak perempuannya. -Gambar hiasan

TINDAKAN pantas seorang bapa membatalkan majlis pernikahan anaknya mengundang perhatian ramai.

Kisah itu dikongsikan seorang pengguna media sosial yang menceritakan bagaimana si bapa mengambil inisiatif untuk menyiasat sendiri latar belakang lelaki yang bakal mengahwini anaknya.

Tindakan itu diambil kerana sejak awal dia seolah-olah menyedari bahawa bakal menantunya mempunyai 'sisi gelap' yang boleh merosakkan masa hadapan anaknya.

Seorang lelaki perlu memikul tanggungjawab besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan

Seorang lelaki perlu memikul tanggungjawab besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan

"Ada seorang ayah ni, dia batalkan pernikahan anak perempuan dia.

"Dia pergi siasat latar belakang bakal menantu di kampung lelaki tu," kongsi individu terbabit di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman muda

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak izin kahwin, suruh tanggung adik-adik sambung belajar... Wanita anak sulung sedih impian hidup bahagia dipandang remeh

Menurutnya, hasil 'risikan' mendapati bakal menantu kepada pakcik tersebut adalah seorang penagih dadah.

Malah ia dimaklumkan sendiri oleh orang kampung lelaki terbabit.

"Orang kampung bagitahu dia, budak lelaki tu penagih dadah.

  • Seorang bapa membatalkan pernikahan anak perempuannya selepas menyiasat latar belakang bakal menantu.
  • Siasatan di kampung lelaki itu mendedahkan bakal menantu adalah penagih dadah, dimaklumkan sendiri oleh penduduk setempat.
  • Tindakan tegas tersebut dianggap menyelamatkan masa depan anak daripada risiko masalah besar.
  • Perkongsian kisah ini mendapat pujian ramai di media sosial yang memuji keberanian dan kebijaksanaan si bapa.
  • Netizen berkongsi pengalaman serupa dan menegaskan pentingnya membuat pemeriksaan latar belakang sebelum memberi restu perkahwinan.

"Terus cancel buat menantu. Alhamdulillah, terselamat anak perempuan dia... good job ayah!" tambahnya lagi.

Perkongsian kisah itu menerima pelbagai reaksi positif di media sosial, dengan ramai memuji keberanian serta ketegasan bapa pengantin perempuan berkenaan.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama kerana bimbang masalah lebih besar timbul di kemudian hari.

Warga maya memuji sikap bapa pengantin perempuan terbabit.

Warga maya memuji sikap bapa pengantin perempuan terbabit.

"Ada kawan aku, dia periksa nombor MyKad seorang lelaki kat balai, dapat tahu terlibat banyak kes pecah rumah dan dadah.

"Bapa yang cerdik, dia akan siasat latar belakang bakal menantu dulu.

"Ayah aku pun buat perkara sama dan dapat tahu yang bekas teman lelaki kaki mabuk, aku sendiri pun tak tahu.

"Good job ayah! Inilah sifat wali, kena buat background check dulu baru restu," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain