PERSEPSI tentang perbezaan layanan dan keselesaan semasa mendapatkan rawatan membuatkan klinik mahupun hospital swasta sentiasa menjadi pilihan bagi yang berkemampuan.
Mereka sanggup mengeluarkan kos tinggi demi mengelakkan tempoh menunggu yang lama seperti kebanyakan klinik kesihatan.
Mengimpikan layanan dan perkhidmatan yang selesa di klinik swasta, seorang wanita meluahkan hasrat untuk membuka buku pendaftaran rekod kehamilan (buku pink) di lokasi pilihan.

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan
Tambahan pula, dia mendapat lampu hijau daripada suaminya.
Namun di sebalik keseronokan untuk menimang cahaya mata, dia bagaimanapun meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila tindakannya itu dihalang ibu kandung.
"Aku ingatkan mak mentua je toksik, rupanya mak sendiri pun sama. Aku nak buka buku pink di (klinik) swasta, terus mak aku naik suara.
ARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 4 'sumbat' ibu dalam lokap... Pandai reka cerita diri didera ibu, ustazah percaya bulat-bulat
ARTIKEL BERKAITAN: Stres disuruh tambah anak, wanita 'sekolahkan' ibu kandung zaman dah berubah... Senarai hujah panjang lebar!
"Ehh buat apa (ke swasta), pergi je dekat kerajaan tu, mahal tau swasta," ujarnya berkongsi kisah di Thread.
Teguran itu amat tidak disenangi wanita berkenaan.
Baginya ia menunjukkan seolah-olah ibunya iri hati kerana suaminya berkemampuan untuk membayar perkhidmatan di klinik swasta yang terkenal dengan caj rawatan mahal.
- Ramai memilih klinik atau hospital swasta kerana layanan lebih baik dan elak tempoh menunggu lama.
- Seorang wanita hamil kesal apabila hasrat membuka buku pink di klinik swasta dihalang ibu kandung.
- Dia menganggap ibunya iri hati melihat layanan baik suami, termasuk menyediakan makanan dan menggosok baju.
- Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen, ramai menuduh wanita tersebut bersangka buruk terhadap ibu sendiri.
- Netizen menasihatkan agar dia memohon maaf kepada ibu dan tidak menghebahkan hal keluarga di media sosial.
Tambahan pula dia turut bersangka buruk dengan ibunya selepas wanita itu melihat si menantu melayan anaknya dengan begitu baik.
"Gaji suami aku, aku tahulah kaya ke tidak.
"Kemudian dia ada tengok suami aku cedokkan nasi, seterika baju aku... dia bagitahu adik-adik dia (pakcik dan makcik aku) suruh basuh otak aku.

Antara reaksi netizen.
"Kesian ya dengki anak dapat suami elok," ujarnya yang kini sedang hamil.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai yang terkejut dengan sikapnya yang bersangka buruk dengan ibu sendiri.
"Aku tak kenal kau, tapi berdasarkan cerita yang aku baca, kau yang toksik sebab mengata mak sendiri kat awam.
"Tengah hamil, mengata mak sendiri? Minta ampun pada mak awak, takut apa-apa jadi kepada kandungan awak tu.
"Semak la dengan toksik macam ni, semua orang dia busukkan, tak sedar diri tengah mengandung, takut susah beranak nanti," demikian antara reaksi warga maya.


