DI tempat tumpuan ramai seperti stesen pengangkutan awam atau pusat beli-belah, tandas yang sentiasa sesak adalah senario biasa.
Menunggu giliran untuk menggunakan kemudahan awam tersebut memerlukan kesabaran dan sikap toleransi agar semua pihak dapat melakukan 'urusan' masing-masing dengan lancar.
Namun begitu, kesabaran kadang kala diuji apabila terdapat individu yang bertindak melebihi batas kesopanan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika dia berada di tandas awam sebuah stesen kereta api, baru-baru ini.
Menjaga kebersihan tandas awam adalah tanggungjawab bersama. -Gambar hiasan
"Semalam pergi toilet stesen MRT Pasar Seni. Tengah beratur tiba-tiba ada seorang makcik ni, rambut panjang dan beruban, masuk tiba-tiba kemudian dia ketuk pintu salah satu toilet dengan kasar.
"Woi boleh cepat sikit tak? Kau kencing ke m*******p? Masuk toilet lama-lama buat apa?" tulisnya mengimbas kembali kata-kata yang dilontarkan wanita berpangkat makcik tersebut.
Bukan sahaja menggunakan bahasa kasar di tempat awam, apa yang membuatkan orang sekeliling lebih tergamam adalah cara wanita warga emas tersebut menegur dengan suara yang lantang dan nada yang langsung tidak menghormati privasi pengguna tandas lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik berpurdah berebut sambal kerang, kuat menyindir... Wanita tengah beli nasi lemak tahan sabar, hormat orang tua
ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula
Teguran yang kasar dan tidak beradab itu juga menyebabkan rasa malu dan tidak selesa kepada individu yang ditegur di hadapan orang sekeliling.
"Aku assume la tu adik-beradik dia ke apa kan. Rupanya tidak ya. Masalahnya dia masuk potong barisan pula tu. Bila aku dah masuk toilet, aku dengar lagi suara dia.
"Hah kau ni time aku nak lalu, time itulah kau pun nak lalu. Kau ingat aku tak ada laki ke kau tengok-tengok aku macam tu. Jom la pegi Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).
"Bila makcik tu dah betul-betul keluar dari toilet, barulah aku dengar budak tu cakap, saya tak ada buat apa pun kat dia, tak ada cakap apa pun pasal dia. Tiba-tiba je dia bebel macam tu.
"Apalah pengalaman hidup makcik tu dulu ya sampai depan public pun buat perangai tak malu," tulisnya lagi.
Seorang wanita kongsi pengalaman tak menyenangkan ketika guna tandas awam, di mana seorang warga emas guna bahasa kasar ketika menegur pengguna lain.
Teguran disuarakan warga emas itu kerana terdesak mahu guna tandas.
Bukan saja tak beradab, perbuatan tersebut menimbulkan rasa malu serta tidak selesa kepada individu yang ditegur.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen, yang mengecam sikap wanita terbabit kerana tidak menjaga adab dan privasi pengguna lain.
Namun, ada juga yang bersimpati dan menganggap wanita itu mungkin gelandangan atau mengalami masalah mental.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang membanjiri ruang komen dengan memberikan pelbagai reaksi.
Ada yang menyelar sikap wanita warga emas itu yang dianggap tidak sensitif terutama dalam menjaga adab di tempat awam.
Namun begitu ada yang beranggapan wanita berkenaan berkemungkinan daripada golongan gelandangan yang biasa berkeliaran di kawasan berkenaan ataupun sememangnya mengalami masalah mental.
Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Mungkin makcik tu sakit mental. Ramai rakyat Malaysia sakit mental sekarang.
"Area sana ramai gelandangan yang guna toilet dekat tempat tu.
"Bila dari muda mulut dah biasa sebut macam tu, dah tak boleh reverse," demikian antara komen netizen.


