MENYEWAKAN rumah kepada warga asing terutama dari Indonesia menuntut pemilik untuk sentiasa peka dan berhati-hati.Mengakui perkara tersebut, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tia berkongsi pengalaman menguruskan rumah sewa peninggalan arwah datuknya. Menurut wanita berusia 27 tahun itu, bapanya mengambil alih urusan rumah sewa tersebut selepas kematian datuk.Permulaaan kisah seram yang menghantui keluarganya terjadi selepas bapanya bertegas mengenai bayaran sewa bulanan dan utiliti."Bayangkan beberapa unit rumah sewa mempunyai tunggakan bil elektrik yang mencecah RM5,000."Rupanya ada penyewa yang tidak membayar sewa selama hampir setahun walaupun kadar sewa hanya RM250 sebulan."Rata-rata penyewa rumah atuk adalah warga Indonesia," luahnya yang kesal kerana sikap baik datuknya diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab.Mengimbau peristiwa sekitar tujuh tahun lalu, ujar Tia, insiden paling mengejutkan apabila bapanya mendapati sebuah bilik dihuni oleh tiga keluarga.Penyewa gemar memberikan lauk pauk dan buah-buahan kepada tuan rumah sebagai penghargaan. -Gambar hiasan AINamun, perkara yang paling meresahkan dirinya adalah sikap penyewa-penyewa yang mula bertandang ke rumahnya tanpa mengira waktu."Diaorang konon nak buat style macam arwah atuk saya, bagi lauk pauk, bagi buah-buahan."Datang rumah tak tentu masa, Maghrib, malam dekat pukul 10 pun masih datang konon nak bayar sewa dan bagi lauk," kongsi Tia.Dia pada awalnya beranggapan tindakan mereka itu sebagai satu bentuk penghargaan, tetapi mula mengesyaki sesuatu selepas menerima pesanan supaya makanan tersebut hanya dinikmati bapanya.Sejak itu juga sikap bapanya berubah menjadi baran seolah-olah membenci darah daging sendiri."Orang yang dulunya tegas tiba-tiba menjadi baik tidak bertempat dan menurut sahaja apa yang dikatakan penyewa."Mata ayah pun sering 'kosong', merenung dinding seolah-olah sedang melihat sesuatu dan kadang kala mula bercakap seorang diri."Situasi semakin aneh apabila aku dan ibu sering terdengar bunyi gesekan kaki di ruang tamu, walhal semua sudah berada di bilik masing-masing," tambahnya.Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, dia pernah melihat bapanya duduk sendirian sambil memegang dada di ruang tamu sekitar pukul 3 pagi.Tuduhan yang dilemparkan secara membuta tuli boleh mengganggu emosi anak. -Gambar hiasan AI"Apabila disapa, dia hanya diam dan terus berlalu masuk ke bilik... kejadian berlaku beberapa kali sebelum ayah tiba-tiba mengalami sakit misteri," imbaunya lagi.Kemuncak gangguan berlaku apabila dia dituduh mencuri duit sewa rumah."Ayah tuduh aku curi duit rumah sewa yang penyewa letakkan dalam pasu sebelah pintu rumah, total duit RM600."Aku terkejut sebab tak pernah ayah menuduh sembarangan," tambahnya yang kecewa dengan sikap bapanya ketika itu.Lebih mengejutkan apabila bapanya mula memihak kepada penyewa secara membuta tuli sehingga motosikal milik keluarga diberikan secara percuma.Bukan itu sahaja, ujar Tia, bapanya menjadi pemurah dan sanggup memberi upah lebih kepada penyewa tetapi kedekut dengan anak sendiri."Gangguan semakin menjadi-jadi apabila ayah sering mengadu rasa sesak di dada dan meracau apabila tidur malam."Ayah cakap dia dikejar bayang hitam dan selalu melihat lembaga yang sama melintas di ruang tamu rumah," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Mata kabur, seram sejuk... Petugas imigresen cuba dipukau, jumpa tangkal dalam pasport warga asing! Mulut ligat baca manteraBimbang keadaan bapanya menjadi semakin teruk, keluarganya mula mendapatkan bantuan imam kampung yang tinggal tidak jauh dari rumah sewa arwah datuknya."Selepas meneliti, ustaz mengesahkan ayah terkena gangguan makhluk halus yang dihantar melalui makanan. "Ustaz cakap yang tujuan makanan dihantar adalah untuk melembutkan hati supaya ayah menurut kehendak mereka."Paling aku terkejut, ayah muntahkan paku kecil bersama gumpalan rambut dan lendir hitam pekat yang berbau hanyir," tambahnya berkongsi situasi rawatan masa itu.Menurut Tia, bapanya kembali pulih seperti sedia kala selepas beberapa siri rawatan dilakukan.Malah bapanya dengan tegas meminta penyewa yang 'bermasalah' untuk berpindah keluar dengan segera.