suria

Mata kabur, seram sejuk... Petugas imigresen cuba dipukau, jumpa tangkal dalam pasport warga asing! Mulut ligat baca mantera

Individu yang mengamalkan ilmu hitam lazimnya akan sentiasa membawa tangkal bersama. -Gambar hiasan AI

SUASANA di balai ketibaan penerbangan luar negara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sentiasa sesak dengan kehadiran pelancong.

Berdasarkan penetapan jadual bulanan, Suzie perlu menjaga kaunter perkhidmatan imigresen untuk kemasukan pelancong luar negara pada setiap Khamis.

Namun disebabkan rakannya mengalami masalah kesihatan, dia terpaksa menjaga kaunter yang sama pada hari berikutnya.

Menurut wanita berusia 30 tahun itu, semasa menjalankan tugas pemeriksaan dan pengesahan pasport pada pagi Jumaat, dirinya tiba-tiba diselubungi rasa seram.

Perasaan tersebut membuatkan bulu romanya berdiri tegak di samping keluar rembesan peluh di dahi.

Pemeriksaan Imigresen penting bagi mengetahui status individu yang memasuki negara. -Gambar hiasan AI

Pemeriksaan imigresen penting bagi mengetahui status individu yang memasuki negara. -Gambar hiasan AI

Malah katanya, bunyi tapak kaki dan suara manusia dirasakan begitu bingit di telinganya.

Padahal sepanjang tempoh tiga tahun berkhidmat, dia tidak pernah berdepan dengan situasi seumpama itu.

"Perasaan seram sejuk dan panas yang dirasai semakin dahsyat sehingga membuatkan kepala aku berdenyut, macam nak pecah.

"Pandangan aku pun jadi makin kabur dan rasa macam nak cop terus pasport setiap penumpang tanpa membuat pemeriksaan yang sepatutnya," luahnya berkongsi situasi dialami.

Di sebalik rasa aneh tersebut, Suzie menyatakan dia terpandang wajah 'gerun' seorang wanita yang sedang beratur selang dua pelancong asing di hadapannya.

"Mulut perempuan tu sedang terkumat kamit seolah-olah sedang membaca sesuatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun suami hilang, isteri terkejut jumpa sedang selongkar sampah... Rupanya terkena sihir wanita Indonesia mahu kerakyatan!

"Semakin dekat dia dengan aku, semakin ligat mulutnya bergerak... aku yang bimbang terus membaca ayat pendinding," tambahnya, yang turut menzahirkan rasa syukur ditakdirkan menyedari tingkah laku wanita tersebut.

Setibanya individu berkenaan di hadapan kaunter, Suzie terus menegur supaya bacaan mantera dihentikan.

Tindakannya itu membuatkan pelancong asing berkenaan terkejut dan terus melemparkan senyuman sinis.

"Aku pun terus suruh dia bergerak ke belakang sedikit dan pusing ke arah lain semasa pemeriksaan pasport dilakukan.

"Alangkah terkejutnya aku, terdapat tangkal di tengah-tengah halaman pasport milik dia.

Minyak pengasih digunakan untuk menarik minat individu yang disukai. -Gambar hiasan

Minyak pengasih digunakan untuk menarik minat individu yang disukai. -Gambar hiasan

"Tanpa berlengah, aku terus bawa dia jumpa pegawai atasan di pejabat," ujarnya yang mengakui hampir hilang pertimbangan ketika melakukan urusan berkenaan.

Menurut Suzie, tindakan wanita berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan status Not-To-Land (NTL) iaitu perintah penolakan masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada warga asing di pintu masuk negara kerana tidak memenuhi syarat kemasukan. 

"Mungkin dengan tangkal dan mantera tu, dia dapat buatkan petugas kaunter terus cop tanpa memeriksa identiti terlebih dahulu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengakui dirinya kembali pulih selepas tingkah laku aneh warga asing itu disedari dan segera dihentikan.

Malah katanya, sejak kejadian tersebut dia sentiasa membawa buku Yasin bersaiz kecil di dalam poket bagi mengelakkan insiden tidak diingini seperti itu berlaku.

"Warga asing terutama dari negara jiran yang  memang niat nak cari pekerjaan kat sini, mereka tak akan masuk dengan 'tangan kosong'.

"Tak kiralah lelaki mahupun perempuan sebab mereka akan buat kita turut apa sahaja cakap mereka," ujarnya menitipkan pesanan.

Artikel Lain