SEORANG wanita berdepan detik menakutkan selepas membeli sebuah anak patung terpakai di sebuah kedai bundle.Kisah bermula apabila dia singgah ke salah sebuah rangkaian kedai barangan terpakai terkenal itu selepas waktu Maghrib. Menurutnya, pada awalnya dia hanya berniat untuk mencuci mata sebelum tertarik melihat sebuah anak patung yang masih elok di dalam kotak.“Masa lalu bahagian mainan, terus rasa meremang. Anak siap cakap mama, jom keluar, seram la… rasa macam ada mata tengok kita,” kata wanita itu mengimbas ayat anaknya.Walaupun begitu, dia tetap membeli patung tersebut kerana tertarik dengan keadaannya yang masih cantik.Sesetengah mainan terpakai dijual dalam keadaan masih baik. -Gambar hiasan AIKejadian seram di kedai bundle turut dirasai di rumah, lebih-lebih lagi ketika dia meletakkan anak patung yang baru dibeli itu di bilik mainan anak.Menurutnya, patung tersebut memang boleh bercakap, namun memerlukan dua bateri. Selepas membuat pemeriksaan bagi memastikan patung itu berfungsi, dia kemudian menanggalkan semula bateri kerana tidak mahu anak-anak bermain dengannya.Namun, pada satu malam ketika dia sedang berehat di ruang tamu, dia terdengar suara dari arah bilik mainan.“Tiba-tiba dengar suara, are you sleeping, mummy… I’m hungry. Saya ingat anak saya yang main, tapi rupa-rupanya semua dah tidur,” katanya.Lebih mengejutkan, suaminya langsung tidak mendengar sebarang bunyi walaupun suara itu jelas pada pendengarannya.Apabila dia pergi memeriksa bilik tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat patung itu berbunyi dan matanya berkelip sedangkan bateri telah dikeluarkan. “Masa tu saya betul-betul terkejut sebab memang tak ada bateri. Tapi suara dia lain macam, seram,” katanya.Dalam keadaan panik, wanita itu terus mencampak patung berkenaan ke dinding dan menutup bilik tersebut. Keesokan harinya, dia meminta suami membuang patung itu jauh dari rumah.“Saya tak kisah orang nak cakap apa, tapi apa yang saya nampak tu real."Saya tak tipu. Sejak tu memang trauma, tak pernah beli patung yang boleh bercakap lagi,” katanya.