DEMI menyelamatkan perniagaan dan melangsaikan hutang, seorang wanita mencari jalan singkat yang hampir memusnahkan rumah tangganya.Menurutnya, ketika usia perkahwinannya dengan Roslan baru setahun, mereka diuji dengan masalah kewangan besar apabila pelabur bisnes menghilangkan diri. “Waktu tu kami terdesak. Hutang menimbun, bisnes mati. Kami buat macam-macam cara untuk cari duit cepat,” katanya.Antara usaha mereka temasuklah pergi ke lokasi yang dikaitkan dengan amalan pelaris termasuk makam-makam terkenal serta kawasan gunung di Jawa Tengah, Indonesia.Amalan bertapa kononnya antara proses untuk menjadi kaya. -Gambar hiasan AINamun perkara paling mengejutkan berlaku apabila Roslan beberapa kali ternampak makhluk berwajah sama seperti isterinya ketika bertapa.“Penjaga tempat itu beritahu, kalau muka isteri yang muncul, maknanya isteri akan jadi gantinya,” kata wanita itu.Walaupun suaminya mahu berhenti melakukan amalan terebut, dia mengaku terus memujuk kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang.Akhirnya mereka memilih sebuah lokasi terkenal berwarna merah di Semarang yang dikatakan lebih ringan dan bersifat pelaris.Tidak lama selepas itu, rezeki mereka berubah secara mendadak dengan bisnes kembali 'bernafas' dan dalam tempoh setahun mereka mampu membeli rumah bernilai RM1.9 juta.Namun ketenangan itu tidak kekal lama.Wanita tersebut mula mengalami gangguan setiap malam sekitar pukul 3 pagi, termasuk badan kaku, dada sempit dan melihat bayang hitam di hujung katil.Roslan pula sering bermimpi pelik, mudah marah dan berubah sikap.“Kami sangka semuanya dah selesai. Rupanya ujian sebenar baru nak mula,” katanya.Selepas mendapatkan bantuan ustaz, mereka dimaklumkan bahawa amalan yang dilakukan termasuk dalam perbuatan syirik dan kesannya tidak terhenti walaupun ritual telah ditamatkan.Kini mereka menjalani proses taubat dan pemulihan secara berperingkat.“Kalau aku tahu 'harga' dia macam ni, aku sanggup miskin dari awal,” kata Roslan.Wanita itu berkongsi kisah tersebut sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mencari jalan penyelesaian singkat ketika terdesak.“Bila pintu itu dibuka, bukan senang untuk ditutup semula. Dan bila ia datang menuntut, bukan duit yang dia nak tapi jiwa," katanya yang masih dalam proses berubat.