GEMPA bumi kuat berukuran 6.5 magnitud berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia, pada pukul 12.56 tengah hari, Selasa (3 Mac).Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook. "Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitarnya," demikian menurut MetMalaysia.Gempa berkenaan berpusat pada 2.0 darjah Utara dan 96.5 darjah Timur, pada kedalaman 10 kilometer (km).Episentrum gempa terletak 112km tenggara Simeulue.MetMalaysia turut menasihati orang ramai yang merasai gegaran untuk mengisi borang tinjauan.ARTIKEL BERKAITAN: Usah ambil ringan bencana gempa bumi... Masa untuk umat manusia bertaubat cari reda AllahDalam pada itu, beberapa pelayar Facebook mendedahkan mereka turut merasai gegaran berkenaan."Patut rasa goyang-goyang sikit tadi, dari tingkat enam di Georgetown, Pulau Pinang."Saya rasa dekat Butterworth," tulis beberapa individu.Di aplikasi Thread, pengguna yang menetap di Pulau Pinang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan gegaran itu."Gempa bumi ke kat Pulau Pinang? Kenapa aku rasa bergoyang? Atau aku seorang je yang rasa?"Saya kat Komtar pun rasa juga. Ingatkan pening sebab tak cukup tidur."Rasa juga kat Bayan Lepas," tulis beberapa netizen lagi.