KEMUNCULAN penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku sempena acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor pada Ahad mencuri tumpuan ramai sehingga menjadi bualan di media sosial.Tidak kurang juga ada segelintir yang mula mengutarakan pandangan untuk Biduanita Negara itu merakamkan semula lagu kebangsaan untuk dijadikan sebagai audio rasmi. Menyambut baik pandangan tersebut, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, memberitahu perkara tersebut bukanlah sesuatu atas pilihannya sendiri.Kemunculan Siti menyanyikan lagu Negaraku di acara MotoGP menjadi bualan ramai. "Ada orang suka suara penyanyi lelaki, ada yang suka suara wanita. Kalau untuk kebaikan saya okay sahaja," katanya ringkas.Siti ditemui ketika majlis Malam Apresiasi Konsert Legacy 30 & Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur pada malam Ahad.Berkongsi pengalaman menyanyikan lagu kebangsaan di sebuah acara bertaraf antarabangsa, kata Siti dia menerima tawaran tersebut sehari sebelum ia berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kagum alunan merdu Negaraku di MotoGP, Siti akui pengalaman bermakna ARTIKEL BERKAITAN: Dua konsert Siti 2026 pecah rekod Asia, diiktiraf kehadiran penonton terbesarPihak penganjur yang mengetahui kehadiran Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa memberi tawaran untuk dia menyanyikan lagu Negaraku yang diiringi oleh pasukan muzik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."Memang ditawarkan pada saat akhir. Kebetulan saya pergi menonton bersama suami dan mungkin mereka tahu kehadiran saya. Pihak penganjur meminta suami untuk bertanyakan kepada saya."Saya okay sahaja, ini juga dikira untuk negara," ujarnya.Siti kongsi pengalaman berharga nyanyi lagu Negaraku di acara MotoGP. Tambah Siti dia hanya sempat melakukan latihan sendiri dan hanya berhubung dengan pihak orkestra melalui panggilan telefon.Malah susunan muzik juga diubah mengikut kesesuaian Siti untuk menyanyi."Gementar menyanyi dengan band, jadi saya nak dengar dahulu susunan muzik dan mereka berikan rakaman suara lelaki. Kami berbincang melalui telefon dan mereka lakukan susunan muzik baru ikut key saya. Saya hanya hantar rakaman suara menyanyi melalui voice note."Mereka beri rakaman dan saya berlatih sendiri. Saya tahu tidak boleh keterlaluan kerana takut dikatakan tak hormat lagu kebangsaan. Cuma bahagian hujung saya naikkan sikit nada tinggi untuk beri semangat," kongsinya.