ISU kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kembali menjadi perbualan hangat selepas seorang wanita tampil mendedahkan realiti sebenar di sebalik tugas tenaga pengajar agama itu.Menerusi perkongsiannya, wanita berkenaan mendedahkan golongan guru Kafa sering berdepan cabaran daripada segi kebajikan, terutamanya yang melibatkan kemudahan cuti serta kelewatan proses tuntutan rasmi. Menurutnya, guru Kafa tidak menikmati kemudahan cuti khas seperti cuti menunaikan umrah yang lazimnya diberikan kepada penjawat awam termasuk guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Terdapat tugas lain yang perlu dipikul guru Kafa. -Gambar hiasan AI kanan"Masa kerja Kafa dulu, pernah minta cuti umrah. Pelik, penjawat awam macam guru KPM ada cuti umrah, tapi guru Kafa tiada ya."Kalau cuti umrah kena buat surat, mohon cuti tanpa gaji. Sama macam cuti bersalin, tiada cuti khas ya," katanya.Bukan itu sahaja, berdasarkan pengalamannya sendiri, proses permohonan peruntukan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk kegunaan sekolah juga memakan masa yang terlalu lama."Pengalaman saya, mohon peruntukan Jakim makan masa sampai nak dekat setahun. Kena sidai dari pagi sampai malam. Tak dapat apa-apa tuntutan. Memang tak jaga kebajikan guru-guru langsung," dakwanya.Bagaimanapun, wanita itu mengakui terdapat sedikit kelegaan apabila elaun bulanan guru Kafa pernah dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,000 hasil desakan dan usaha persatuan yang membawa suara golongan berkenaan ke peringkat Jakim.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Down’ selepas dengar gaji rakan di KPM, guru kafa anggap ujian Allah tentang erti bersyukurARTIKEL BERKAITAN: Mufti Wilayah perjelas salah faham isu elaun rendah, guru Kafa tidak terikat sebagai staf tetapNamun, dia berpandangan pelarasan itu sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu, manakala isu-isu asas berkaitan kebajikan yang lain masih terabai dan memerlukan perhatian serius pihak berwajib.Mengulas lanjut, wanita itu turut mempersoalkan sikap pihak tertentu yang gemar meletakkan beban tugas guru Kafa setaraf dengan guru KPM, sedangkan kemudahan yang diterima jauh berbeza."Guru Kafa perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), merekod kehadiran murid serta menghadiri kursus dan program tertentu."Sampai tahap kena buat kerja kontraktor. Kena jaga sekolah. Kami di Kafa tiada jawatan pembantu tadbir, tukang cuci, pekerja am dan lain-lain Semua atas inisiatif sendiri," katanya.Guru Kafa tiada cuti khas untuk umrah dan bersalin.Cuti umrah perlu memohon cuti tanpa gaji.Peruntukan Jakim didakwa mengambil masa hampir setahun untuk diproses.Guru Kafa terpaksa mengurus sekolah sendiri.Netizen turut mengadu isu cuti dan kebajikan guru Kafa.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen khususnya dalam kalangan guru Kafa yang mengakui pendedahan wanita tersebut. "Betul tu. Pergi umrah kena ambil cuti tanpa gaji. Kalau cuti bersalin tiada elaun. Kesian sangat guru-guru agama diperlakukan begitu. Tapi sasaran prestasi utama (KPI) Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) nak mantap, syabas pihak atasan agama."Cuti kematian saudara tak boleh guna cuti rehat. Suami saya baru-baru ni kena tegur. Jadi apabila abang ipar meninggal dunia suami takut nak cuti," komen warga maya.