Waktu berpantang merupakan tempoh untuk ibu menjalani proses pemulihan dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu. -Gambar hiasan AI
TEMPOH berpantang selepas bersalin merupakan fasa penting bagi seorang ibu untuk berehat, memulihkan tubuh badan dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu bersama bayi. Dalam tempoh ini, semestinya kehadiran tetamu pada waktu yang kurang sesuai boleh menimbulkan tekanan kepada ibu yang masih dalam proses pemulihan. Malah ada sebahagian yang memilih untuk mengehadkan tetamu demi mendapatkan rehat secukupnya dan menjaga privasi.Namun tidak dinafikan, ada dalam kalangan keluarga yang tidak mempunyai pertimbangan wajar dan beranggapan kunjungan selepas bersalin adalah perkara biasa tanpa memikirkan keadaan fizikal dan emosi si ibu.Segelintir wanita menggunakan khidmat 'confinement lady' kerana lebih selesa mendapatkan bantuan dan penjagaan ketika berpantang. -Gambar hiasanSituasi itu turut dialami seorang wanita ini yang meluahkan rasa kurang senang apabila keluarga mentuanya berhasrat untuk menziarahinya di rumah."Aku ni baru lepas beranak, tengah pantang tak sampai seminggu lagi. Abang ipar dengan keluarga mentua dah sibuk-sibuk nak datang tidur di rumah, tengok baby," luahnya dalam satu perkongsian di Threads.Wanita berkenaan memaklumkan suaminya sudah beberapa kali menolak hasrat ibu dan abangnya kerana memahami keadaannya yang memerlukan masa untuk berehat dan menjalani proses pemulihan.ARTIKEL BERKAITAN: Pedihnya berpantang tanpa bayi... Wanita keguguran diabai ibu kandung, niat bermanja ditolak mentah-mentah!ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang hari ke-19 berperang dengan emosi... Suami tinggal rumah pergi berseronok ‘healing’ di KL!Bagaimanapun kata wanita tersebut, keluarga mentuanya seolah-olah tidak mengendahkan kata-kata suaminya itu."Mak mentua cakap seminggu tu dah cukup untuk recovery aku."Puas suami tolak tapi jenis tak faham bahasa. Kalau anda macam mana? Bila anda semua benarkan keluarga mentua datang melawat ketika dalam pantang?" kongsinya sambil meminta pandangan warga maya.Seorang wanita yang baru bersalin kurang selesa apabila keluarga mentuanya mahu datang bermalam di rumahSuaminya sudah beberapa kali menolak permintaan keluarga kerana memahami keadaannya yang sedang berpantang.Ibu mentuanya beranggapan tempoh seminggu sudah cukup untuk dia pulih.Wanita itu geram kerana mentuanya seperti berkeras dan tidak menghormatinya serta suami.Netizen berpendapat keluarga perlu menghormati privasi ibu yang sedang berpantang dan memberi ruang privasi.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian wanita berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya namun rata-ratanya berpendapat keluarga perlu menghormati keputusan anak dan menantu lebih-lebih ketika waktu mereka memerlukan ruang privasi."Seksalah kalau orang yang tak faham bahasa ni, dah tolak tu adalah sebabnya. Mana boleh semua benda nak dijelaskan."Setakat datang sekejap-sekejap okey lagi. Tapi kalau nak tidur memang tak selesa."Seminggu dah cukup waktu sembuh? Biar betul," komen netizen.