Wanita yang sedang melalui tempoh berpantang sewajarnya sentiasa ditemani suami, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang menimang cahaya mata sulung. -Gambar hiasan AI
TEMPOH berpantang bukan sekadar masa untuk memulihkan tubuh selepas bertarung nyawa melahirkan anak.Malah ia juga merupakan fasa yang penuh cabaran apabila perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu. Bagi ibu yang baru pertama kali melalui pengalaman tersebut, kehadiran dan sokongan suami sememangnya amat diperlukan terutamanya dalam membantu menguruskan bayi serta memberi sokongan emosi kepada isteri.Namun, tidak semua wanita melalui tempoh berkenaan seperti yang diharapkan.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya memilih untuk keluar berkhemah dan healing bersama rakan-rakan ketika dia masih dalam tempoh berpantang selepas kelahiran anak sulung mereka.Emosi wanita yang sedang berpantang sememangnya sensitif terutama apabila pasangan tidak memainkan peranan dalam membantu menguruskan bayi. -Gambar hiasan AI"Suami pergi berkhemah, pergi night drive dengan kawan-kawan dekat Kuala Lumpur, tapi kurang update. Video note pun jarang hantar."Alasan? Tak ada masa nak pegang telefon. Salah ke saya sebagai isteri terasa hati? Saya baru je lepas bersalin anak pertama dan sedang berpantang hari ke-19," luahnya.Menurut wanita itu, dia terpaksa pulang ke rumah mentua kerana tidak mahu bersendirian ketika suaminya keluar bersama rakan-rakan."Saya seorang dekat rumah dan saya takut saya meroyan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baru bersalin menangis depan misi, terpaksa tipu suami tak pernah tolong cuci luka - “Saya nak tunduk pun susah”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam pantang naik teksi bawa bayi ke KK, muka pucat tak sempat makan... Tindakan jururawat buat ramai pujiApa yang lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa suaminya seolah-olah menyalahkan dirinya apabila dia cuba meluahkan perasaan."Dia cakap... jangan jadikan meroyan awak tu sebagai alasan untuk torture mental saya."Habis tu mental saya? Jaga anak tengah malam, menangis minta susu, mandikan anak? Saya terlalu menekan ke?" luahnya lagi dalam hantaran yang dikongsikan di Threads.Bagaimanapun ujarnya, dia bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang disifatkannya sangat memahami dan penyayang.Seorang wanita kecewa apabila suaminya 'healing' bersama rakan ketika dia berpantang anak sulung.Wanita itu terasa hati kerana suaminya jarang 'update' sepanjang keluar bersama rakan-rakan.Dia terpaksa pulang ke rumah mentua kerana bimbang alami kemurungan selepas bersalin.Lebih mengecewakan, suami menyalahkannya ketika dia meluahkan perasaan.Netizen mengecam dan menyifatkan tindakan suami wanita itu pentingkan diri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya anak yatim piatu, tapi Alhamdulillah dapat mentua yang sangat memahami dan penyayang. Mentua ada tegur suami, tapi dia tipu mak dia cakap ada kerja, padahal pergi camping," kongsinya lagi.Luahan tersebut mengundang perhatian warga maya yang bersimpati dengan keadaan wanita berkenaan lantaran dia masih dalam tempoh berpantang dan sedang melalui fasa sebagai ibu buat kali pertama.Dalam pada itu, ramai yang melontarkan kecaman dan menyifatkan suami yang memilih untuk bersama rakan-rakan ketika isteri berpantang sebagai pentingkan diri serta tidak mempunyai empati."Bini baru 19 hari beranak. Kau dah sibuk nak keluar dengan kawan-kawan. Otak letak mana suami awak ni?"Esok-esok dah habis pantang awak minta me time pula. Tengok dia menggelupur atau tak," komen sebahagian netizen.