suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita baru bersalin menangis depan misi, terpaksa tipu suami tak pernah tolong cuci luka - “Saya nak tunduk pun susah”

Wanita berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses berpantang. -Gambar hiasan AI

WANITA yang baru melahirkan anak bukan sahaja memerlukan rehat mencukupi, malah mereka juga mendambakan sokongan serta perhatian suami tersayang.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila dia mendakwa terpaksa 'berjuang' sendirian dalam fasa kritikal itu kerana tidak dipedulikan oleh pasangannya.

"Teringat masa dalam pantang dulu. Masa jururawat desa datang rumah untuk buat pemeriksaan, dia periksa luka bersalin saya.

Segelintir suami bersikap lepas tangan sehingga isteri terseksa sendirian sewaktu menguruskan bayi. -Gambar hiasan AI

"Dia tanya, suami tolong tak? Saya angguk je sebab tak nak aibkan suami. Jururawat diam je. Masa balik tu, juurawat pesan dekat suami supaya tolong jaga luka isteri.

"Jururawat tu kata, isteri susah nak letak ubat. Hanya suami boleh bantu. Masa tu berjurai air mata saya. Mungkin jururawat tahu saya tipu dia," imbas wanita itu.

Menurutnya lagi, suaminya bukan sahaja tidak pernah membantunya untuk menyapu ubat di bahagian luka bersalin, malah langsung tidak pernah ambil tahu tentang proses pemulihannya.

  • Wanita imbas pengalaman berpantang yang menyeksakan dirinya.
  • Dia mengakui terseksa kerana tidak dibantu oleh suaminya.
  • Wanita itu juga menangis ketika jururawat datang melawat rumahnya.
  • Wanita itu berdepan kesakitan untuk menyapu ubat pada luka bersalinnya.

"Suami memang tak pernah tengok luka bersalin saya, apatah lagi nak tolong sapukan ubat. Saya bersusah payah sapu ubat tu sendiri.

"Saya pula beranak secara normal. Jadi faham-fahamlah. Nak letak ubat kat 'tempat' tu sangat susah. Saya nak tunduk pun tak boleh," luah wanita itu lagi.

Kisah yang dikongsikan di TikTok itu turut mengundang pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun bersalin, dah bagi ‘hint’ nak tambah anak... Isteri tak sengaja ‘meletup’ sampai suami sentap - “Lampin pun awak tak pernah tukar!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam pantang naik teksi bawa bayi ke KK, muka pucat tak sempat makan... Tindakan jururawat buat ramai puji

"Kenapa tak minta tolong suami? Ke suami yang memang tak nak tolong. Kesian awak. Dah la berpantang, lepas tu kena buat sendiri.

"Saya letak ubat sendiri je sepanjang tiga kali beranak. Nak senang, ambil cermin kecil untuk tengok bahagian bawah.

"Zalimnya suami jenis macam ni. Rasa nak carut je," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain